BILA BONDA MERAJUK

 

Maafkan anakanda sekali ini kerana membiarkan rajuk bonda tak terpujuk. Sumpah, anakanda tidaklah memilih kasih. Bukankah selama ini bonda dan teman-teman yang menekuni al-Quran itu, anakanda layan sama rata. Anakanda bimbing dengan semulus bahasa. Tak lekang dengan senyum tawa. Tapi pagi ini, bonda jeling di hujung mata. Marah benar bonda saat  anakanda menegah bonda menambah muka. Jika teman-teman bonda membaca dua muka, maka selayaknya bonda dilayan sama.

Tapi bonda keraskan suara setelah ditegur dek terbata-bata mengulang baca. Namun tidak sekali anakanda tinggikan nada, bimbang darah bonda bertambah tinggi pula. Jika teman-teman bonda yang lain anakanda betulkan bacaan mereka, masakan anakanda pejam sebelah mata membiarkan salah bonda. Bukan sekali anakanda pesan supaya menanda tempat baca. Bukan sekali anakanda pesan supaya tidak mengulangi salah yang sama. Sayangnya bonda masih tidak menelan nasihat anakanda. Merajuklah bonda. Maafkan anakanda kerana tidak pandai memujuk. – al-Kurauwi

Advertisements

4 thoughts on “BILA BONDA MERAJUK

  1. Tuan,
    Sifat, gaya, sensitiviti (mudah terasa) akan menjelma di kala usia sebegitu. Bersabarlah, Insya Allah, guru yang baik akan dapat ganjaran yang sebaiknya kerana melayan pelajar yang berbagai ragam…wallahua’lam. Teruskan usaha tuan, saya amat mengagumi usaha-usaha sebegini kerana hanya Allah jua yang memberi balasan yang setimpal dengan usaha.

  2. Puan Maimunah,
    Salam kunjungan. Terima kasih meninggalkan pesan. Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang anakanda yang berhadapan dengan ratusan bonda-bonda yang gigih belajar walaupun sudah di ambang usia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s