SIAPA PENGUNJUNG PESTA BUKU?

JUMAAT ini, hingga 1 Mei 2011 akan berlangsunglah Pesta Buku Kuala Lumpur 2011. Barangkali kerana dek sifat ‘antarabangsanya’ pameran buku ini, carian PBKL2011 atau Pesta Buku Kuala Lumpur 2011 tidak terjawab oleh Pak Google, melainkan KLIBF2011. Huh.., bahasa Melayu memang tak ‘world’! bak kata seorang artis. Itulah hakikatnya.

Apapun pesta buku datang lagi. Tak terasa, pejam celik, pejam celik, tak sempat nak mimpi. Buku-buku yang dibeli ketika Pesta Buku 2010 pun belum habis baca. Malah, penat ‘dipaksa’ menawaf ruang pameran pada PBKL 2010 masih belum kebah. Harap-harap kali ini, penganjurannya lebih mesra pengunjung buat orang yang bertongkat dan kanak-kanak. Dan yang utama, mesra nyawa pengunjung yang datang! 

Kata seorang sahabat, pengunjung yang baik, tidak hadir sekadar ‘tengok-tengok barang’ (window shopping). Pesannya, menyenaraikan dulu buku-buku yang hendak dibeli, lebih menjimatkan masa dan tenaga. Tentunya buku-buku yang mahu dipilih sudah ‘dimimpi-mimpikan’ dahulu rupa, harga dan lokasinya. maklumat di hujung jari, bukan? Lainlah, kalau niat berpergian itu ada hajat lain.

Pesta buku sering mengingatkan saya kepada seorang teman. Katanya, dia memang tak mahu ketinggalan ke pesta buku bukan kerana buku tetapi semata-mata mahu mencari ulat buku ‘betina’! Saya senyum. Eloklah tu, ulat jantan yang miang, cari ulat betina yang gatal! Lagipun jodoh tak datang bergolek, sindir saya. 

Bagi kawan-kawan penulis, mereka berkunjung ke pesta buku kerana mahu melihat bukunya dijual di rak-rak pameran. Sesekali berselisih, sama ada turut serta atau memandang cemburu buku rakan-rakannya ‘dibicarakan’ oleh syarikat penerbitan masing-masing. Ada yang pergi setahun sekali, sekadar mencari harga runtuh, dan ada juga yang pergi sekadar mahu mendapatkan bau buku. Kononnya mahu menyedut semangat menulis! Siapapun kita, berkunjunglah. Alah, setahun sekali, Sogo, Jaya Jusco, Kamdar hari-hari buat promosi! – al-Kurauwi 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s