MURID ISTIMEWA

TERTANYA-TANYA siapakah murid istimewa di hati seorang guru? Bukankah dia yang mengingatkan sebelum guru lupa. Terbayang-bayang kelibat guru bila tiada. Dia si pembawa segelas air pembasah tekak. Bukankah dia murid pertama yang berawal-awal datang. Murid terakhir yang menghantar gurunya pulang. Bukankah murid istimewa itu tidak mengeruhkan hati si guru. Pendengar yang kepalang diam. Tunduk bukan mengantuk, mengangguk apabila faham dan tidak malu bertanya apabila waham. Kata guru, murid istimewa itu, biarpun tidak kenal, namun wajah budinya jatuh ke hati. Malah didoa guru setiap hari.

Tetapi hari ini, si guru bertemu dengan murid yang benar-benar istimewa. Istimewa bukan pada mendahulu budi dan laku. Dahulu, si istimewa ini duduknya di belakang, kini sudah mengesot ke hadapan. Dahulu resah membilang saat yang panjang, kini sudah mengeluh bila waktu terasa kurang. Hari ini, murid ‘istimewa’ ini sudah berani membaca al-Fatihah, walaupun bacanya bagai tertelan lidah. Sudah mahu mengulang baca, biarpun menyebut terbata-bata. Kata guru, murid istimewa itu ialah murid yang bukan sahaja baik budi dan laku, bahkan murid yang menyejukkan perut dan kalbu seorang guru. – al-Kurauwi

Gambar ialah sebuah buku kisah Sheila, 6 tahun, gadis istimewa. Novel karya Torey Hayden kisah tragis tentang cinta, kesabaran dan kepahitan.

2 thoughts on “MURID ISTIMEWA

  1. Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah swt sehinggakan mengatasi malaikat dan syaitan. Namun, manusia juga yang membuat kerosakan di bumi ini dan tidak patuh kepada perintah Allah swt. Banyakkan membaca dan sedia menerima ilmu (yang tidak bercanggah dengan fitrah), agar persepsi dan penilaian yang lebih baik dapat menggambarkan keadaan yang berlaku. Keunggulan, keistimewaan akan terserlah. Semoga murid yang kelainan upaya dapat bersama menikmati kehidupan di alam fana ini.

  2. Benar Puan Maimunah,
    Semoga manusia istimewa ini dapat bersama menikmati kehidupan di alam fana ini lebih baik daripada manusia yang gagal menjadi khalifah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s