DOA LELAKI BERJANGGUT PANDAK

 

LELAKI BERJANGGUT PANDAK yang memesan dua keping roti canai dan teh tarik di hujung gerai cikgu itu dapat saya teka bangsanya melalui telor lidahnya. Yang pasti dia bukanlah orang Melayu. Tubuhnya agak kurus, berkemeja putih dengan seluar panjang dan ketayap sulaman tangan yang bersih meyakinkan saya bahawa dia bukanlah lelaki gelandangan.

Lelaki berjanggut pandak itu, mencubit rotinya yang masih berasap dengan tiga jarinya satu demi satu bak perca kain yang dikoyak. Matanya berkaca-kaca barangkali sedikit lapar dengan pembuka doa. Sebelum menjamah, lelaki itu meneguk teh tariknya yang sudah mula suam. Halkumnya bergerak turun naik, seteguk demi seteguk. Dua teguk, tiga teguk mengikut sunah Nabi, sapa akal saya. Saya berselera mencubit roti yang saya pesan sambil melihat lelaki itu menjamah sarapannya dengan tertib dan beradab sekali.

Belumpun habis separuh daripada roti keduanya, saya melihat lelaki itu sudah membasuh tangan. Tangannya yang sudah dikeringkan dengan tisu kemudian melurut janggutnya yang hitam. Tertangkap sepotong doa usai makan melalui gerak bibirnya yang nipis. Sekonyong-konyong lelaki itu memandang baki sarapannya. Ada keluh di hujung nafasnya. Lelaki itu menadah tangan berdoa dalam bahasa Arab yang sangat saya mengertikan,

“Tuhan, andai rezeki yang tidak terhabiskan ini dibebankan dengan dosa, maka ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya aku cuai mengukur rezeki yang Engkau kurnia dengan saiz perut yang mengisi ruang nafsuku. Tetapi andai rezeki yang tidak terhabiskan ini menjadi mudarat kepada tubuhku, maka rezeki yang masuk ke dalam perutku itu Engkau jadikanlah ia berkat dan memberi upaya untuk beribadat!”

Saya yang terkesima mendengar, bingkas bangun sesudah meneguk sisa teh yang berbaki  lalu mendahului lelaki itu ke kaunter bayar. Pantas saya berbisik kepada cikgu bahawa roti canai dan teh tariknya sudah pun saya jelaskan.  Saya melaungkan lafaz salam yang sedikit tinggi ke wajahnya yang terpinga-pinga dek melihat saya yang semakin jauh meninggalkan gerai cikgu, pagi itu. – al-Kurauwi

2 thoughts on “DOA LELAKI BERJANGGUT PANDAK

  1. Alhamdulillah, ustaz berjaya juga belanja lelaki itu, manakala saya belum sempat nak belanja nyonya tua itu, dia sendiri telah membayarnya di sebuah restoran mamak, dan dlm perjalanan pulang, sya terserempak dgn seekor anjing lagi, terus memberinya sekeping roti Gardenia..tapi kami masing2 terkejut, dia berlari ke depan, saya patah balik ke arah belakang!

  2. Rayyanzilfi,
    Tentu menarik jika dapat dikongsikan kisah nyonya tua itu. Tapi yang penting, niat bakti kita, walaupun tak terlaksana namun pahalanya sudah tertulis jua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s