MENCARI LELAKI BERJUBAH PUTIH

E-MEL yang panjang tentang ‘Lelaki Berjubah Putih’ yang kononnya pilihan Tuhan untuk menjadi penjaga kepada si pulan bin si pulan, bukanlah e-mel pertama yang saya terima. Saya perturunkan satu daripadanya dengan bahasa yang lebih baik.  Namun, nama watak-watak utama dalam e-mel di bawah ini bukanlah nama yang sebenar. Panjang-panjangkan kesedaran kepada mereka yang taksub dengan ilmu ‘perbomohan’ dan yang sefesyen dengannya.

Salam para sahabat,
Saya nak memaklumkan perkhabaran terkini pasal Ramadan.  Malam lepas, Amar telah membawa Ramadan  bertemu dengan bomoh yang kami selalu jumpa.  Kami maklumkan kepada Pak Lah (bomoh) tentang kelebihan Ramadan yang mempunyai kemampuan untuk melihat benda ghaib. Kami juga cerita tentang seorang orang tua yang berjubah putih dan sentiasa bertasbih selalu memberi perhatian dan menjaga Ramadan.  Pak Lah kata, Ramadan ialah “The Chosen One” untuk diberi kelebihan ini.  Orang tua yang menjaga Ramadan itu akan selalu datang mengingatkan Ramadan kalau cuai mengerjakan solat.  Orang tua ni juga kata, dia akan selalu mengingatkan Ramadan tentang ibadat dan ajar dia tentang ilmu perubatan.  Bila kami tanya kenapa orang tua itu memilih Ramadan, Pak Lah kata, orang tua itu telah diutuskan oleh Allah untuk membimbing Ramadan.  

Ramadan, bukanlah jenis yang banyak bercerita. Kami banyak mendengar cerita apabila Pak Lah ni korek daripada Ramadan sendiri. Pak Lah kata lagi, Ramadan dapat “ilmu Laduni” (Saya pun tak tahu apa ilmu Laduni itu) sebagaimana yang dimiliki oleh Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus.  Mula-mula dulu, Ramadan boleh nampak makhluk halus dalam bentuk asap (tak jelas), kemudian makin lama makin jelas. Kini, sampai ke tahap tapak penempatan mereka pun dia boleh tahu.  Menurut Pak Lah, lagi banyak Ramadan beribadat , lagi dekat Lelaki Berjubah Putih itu berdamping dengan Ramadan. Namun kalau Ramadan jahil, dia mungkin berhenti berkomunikasi  atau menjauhkan diri. Apa pandangan sahabat-sahabat?

Jawab saya, bahawa dalam Islam, kita tidak memerlukan ilmu untuk tengok benda ghaib. Andai ilmu ini penting, maka Nabi orang yang pertama yang belajar daripada Jibrail. Sebagai hamba, kita tidak memerlukan ilmu ghaib, cukuplah beriman kepada perkara-perkara ‘ghaib’. Kita juga tidak perlukan Lelaki Berjubah Putih yang sentiasa bertasbih itu untuk menjaga kita.  Cukuplah Allah SWT yang menjadi pelindung dan menjaga kita. Kebergantungan kita kepada makhluk lain dibimbangi akan menyebabkan kita jatuh dalam syirik. Nabi SAW tidak memerlukan jin untuk menjaga Baginda. Memadai Allah penentu segala-galanya. Kita juga tidak memerlukan bantuan Lelaki Berjubah Putih untuk peringatkan kita tentang ibadat. Jangan cari lelaki berjubah putih untuk mengajar kita malah yang paling afdal mengingat dan mengajar anak-anaknya beribadat ialah kedua-dua ibu bapanya. Ilmu-ilmu ‘perbomohan’ bukanlah kerjaya yang baik untuk anak-anak seusia kecil itu. Anak itu tidak memerlukan ilmu perubatan. Dia memerlukan ilmu untuk mengenal Tuhan dengan guru-guru yang muktabar yang boleh dipegang dan dirujuk. Sesungguhnya banyaknya ibadat kita, bukan bertujuan untuk mendekatkan diri kita dengan orang tua berjubah putih, bahkan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Nasihat saya, jauhkan diri si ibu dan anak-anaknya daripada bertemu dengan bomoh dan abaikanlah Lelaki Berjubah Putih itu. Dekatkanlah diri anak itu dengan Tuhan. – al-Kurauwi

Advertisements

2 thoughts on “MENCARI LELAKI BERJUBAH PUTIH

  1. teringat masa bln puasa waktu sedang azan zohor saya ternampak ada lelaki berjubah putih melintas dihadapan saya & hilang di pagar yg memisahkan kawasan rumah mak saya & jiran saya nmpak je saya trus lari msuk rumah sbb terkejut.

  2. Sehingga waktu ini walau dimana saya berada mcm benda tu ada memerhatikan saya jika saya tidak menunaikan solat waktu sek dulu selalu nampak kelibat kat dpur umah mak saya tapi yg pelik benda ni tak ganggu pun saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s