DIA ISTERI, IBU DAN GURU

SEBELUM dia menjadi isteri, saya dijemput Tuhan berkunjung ke Negeri Che Siti Wan Kembang lebih sedekad yang lalu. Itulah kunjungan yang pertama. Menariknya bukanlah kunjungan yang terakhir. Belum subuh saya tiba di stesen bas Kota Bharu. Sungguh, melihat nyaman kota ketika itu, damainya pantas menyepuh kalbu. Tidak pernah saya rasa berbanding kunjungan ke tempat-tempat yang lain. Setelah usai subuh, saat menanti teman datang menjemput, saya melihat berbondong-bondong pelajar berjalan ke sekolah. Terkesima saya melihat pelajar wanitanya berjilbab labuh dan berniqab putih. Spontan bersaksi fajar yang sedang mengenyit di kening langit saya berdoa,

Ya Allah, andai jodohku di bumi yang berkat ini, Engkau permudahkanlah. Sesungguhnya yang baik bagi kami belum tentu molek di mata-Mu, Yang buruk bagi kami belum tentu jelek dalam ilmu-Mu. Sanya segala urusan yang susah, bagi-Mu tersangatlah mudah. – Dan Tuhan pun Maha Mendengar lagi Maha Memperkenan.

Ummi, cinta tidak mengenal jauhnya jarak dan panjangnya waktu. Cinta yang mendahului Tuhan, mendekatkan jarak kepada sehasta, memendekkan waktu hanya seminit dua. Tetapi cinta yang mendahului nafsu dan syaitan, akan mengeringkan telaga kasih seorang ibu, walaupun jarak rumahnya hanya sebelah pintu. – Dan Tuhan pun Maha Mendengar restu ibu atas pujukan seorang anak. 

Sesudah dia menjadi pemilik kalbu, kini dia, ibu dan guru. Bumi Cik Siti Wan Kembang sudah menjadi kelambu dek kerap sangat bertamu. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan dia, seorang isteri yang kadang-kadang diuji oleh rindu, kadang-kadang diintai oleh cemburu. Sesudah itu, terima kasih Tuhan kerana menjadikannya pula seorang ibu setelah bergadai nyawa dan tertumpah segala kudrat melahirkan seorang manusia. Dulu, kini dan selamanya, dia tetap akan dikenang kerana menjadi seorang guru kepada seorang lelaki, suami dan menantu. – al-Kurauwi

5 thoughts on “DIA ISTERI, IBU DAN GURU

  1. Salam Tuan Zaid yang perghhhhh,
    LAma tidak menyapa di teratak kecil ini.

  2. Oh orang Kelantan isteri awak ye.. alhamdulillah.. Teringin sangat nak kenal isteri awak. Boleh tahu namanya. Adakah dia seorang surirumah sepenuh masa?

  3. Salam Hawa,
    Terima kasih atas kunjungan ke teratak kecil ini. Nama isteri, Marini. Dia suri rumah separuh masa. Separuh lagi menjadi ustazah di SK. Datok Keramat. Moga suatu hari, dipertemukan Tuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s