AYUH BERBEKAM!

“SAYA tahu ustaz tak sihat,” tegur Ummu Syafie lewat e-mel. Saya senyum menjawab sapaan Ummu Syafie dan membiarkan sahaja e-mel itu beku. Sengal-sengal tubuh masih berbisa terutama pinggang kanan sesudah pulih daripada lima hari yang memeritkan. Sedar sebelum itu bahawa badan memang dalam kondisi yang tidak baik. Sibuk dan penat gandingan yang serasi dek sering menjadi alasan untuk tidak mengeluarkan peluh. Kedua-duanya telah melumpuhkan semua aktiviti malam termasuk menulis! Oh Tuhan, ampun.

Hari ini terniat untuk berbekam lagi. Niat menjadi cita-cita dan cita-cita menjadi azam. Petang yang memenatkan itu menjadi saksi beriring selaut doa, ya Allah pulihkanlah kesihatan! Dengan bismillah saya berbekam entah kali yang keberapa lebih lima tahun yang lalu. Percaya dan berpegang sunnguh kepada hadis Nabi, “Kesembuhan itu ada pada tiga  perkara, minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay” Hadis Riwayat Muslim.

Alhamdulillah setelah tiga kali diulang bekam pada kepala, bahu dan pinggang, tubuh yang lenguh terasa bertenaga. Kepala yang berat dengan darah pekat kembali ringan semula. Mata yang gelap berpinar-pinar cerah bersinar-sinar. Benarlah bahawa bekam itu sunnah untuk kesihatan.

Ayuh berbekam! Penulis patut mencuba. Sakitnya sedikit manfaat untuk tubuh, besar. Moga yang sakit sembuh, yang berat ilham, boleh mengapungkan idea yang bernas. Dalam sebuah hadis, sabda Nabi SAW “Pada Malam aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Tirmizi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s