LOGO HALAL TUKAR HARAM

BARANGKALI atas prinsip ‘dasar bumi luas’, pelbagai produk makanan dan minuman masuk ke negara kita. Kita bangga menjadi negara ‘Hab Halal’. Namun, isu produk halal yang terang-terang haram masih bolos tanpa sempadan dan kawalan. Yang halal tetapi ‘semacam’ haram masih kedengaran. Seperti ayam jantan yang berkokok dek fajar yang menjelang. Hilang malam, esok ayam jantan akan berkokok lagi. Tahun bertukar tahun, logo halal masih menjadi hal yang sukar untuk  diimplementasikan.

Yang terbaru  ialah bir halal.  Satu daripada isu yang timbul ialah kata ‘bir’ itu sendiri. Semua maklum, kata bir sudah digazet kepada sejenis minuman keras lagi haram. Tentulah tidak cocok memakaikan yang ‘terang-terang’ haram kepada kata halal. Lagipun ia melibatkan darah daging tentulah darjah ‘peka’nya mesti tinggi. Yang syubhah, segera tinggalkan. Saya teringat kata mantan Sahibussamahah, Dr. Asri Zainal Abidin, “kenapa kita tak bagi sahaja logo haram kepada produk yang haram. Yang haram itu sedikit, sedang yang halal itu banyak. Bimbang, akhirnya logo halal itu menjadi barang ‘dagangan’ dek sibuk mencari barang yang halal.

Isu ini juga terkait dalam bidang penulisan. Penulis yang ‘peka’ juga harus beringat, terutama penulis muda, apatah lagi ‘ustat-ustat’ yang menulis! Jangan sembarangan memakai kata atau istilah yang kononnya ‘terang-terang’ sudah sesat kemudian diacukan dengan kata yang mulus-mulus atau kata yang berunsur agama. Walaupun tidak melibatkan darah daging, hukumnya tetap ‘haram’. Buktinya saya pernah ditegur! Bukan ‘sembarangan’ orang yang menegur. Penulis tersohor dan pelopor teori penulisan yang tersohor juga! Berhati-hatilah, takut ‘ustat’ menjadi penyesat!  – al-Kurauwi 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s