AL-KISAH ANAK-ANAK SYURGA

ANAK-ANAK syurga. Mereka bukanlah malaikat. Mereka manusia yang baru mengenal dunia. Belum sempurna  agama. Maka tidak hairan, ada yang putih akhlaknya, tidak kurang yang hitam warna nakalnya. Ibu-ibu syurga mendidik anak-anak syurga yang hitam dengan sabar, menyambut yang putih dengan syukur. Anak syurga yang hitam bangun daripada liat subuh yang kelam, kini bertatih terkial-kial membersih diri. Kadang-kadang sempat tersengguk di gigi air. Bapa-bapa syurga tidak kalah memujuk anak-anak syurga; bahawa di sebalik kelam fajar, ada pahala yang besar. Balasnya syurga yang benar!

Anak-anak syurga mahu dikelek ke rumah Tuhan. Melihat rumah Tuhan, laksana syurga yang indah lagi terbentang luas. Kata anak-anak syurga, “Bukankah telah difirmankan Tuhan bahawa syurga itu luasnya seluas langit dan bumi.”  Maka tidak hairan, laman masjid, kerap menjadi trek lumba lari berganti-ganti. Mimbar kadang-kadang menjadi acara sembunyi-sembunyi. Mihrab kadang-kadang menjadi tempat mereka beraksi. Kata anak-anak syurga lagi, “Bukankah, dinding-dinding syurga itu batu-bata daripada perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.”

Ibu-ibu syurga jegil mata. Meletak jari telunjuk ke bibir retak. Mengetap gigi memandang ngeri. Lantas membimbing anak-anak syurga ke saf solat yang pertama. Bapa-bapa syurga meluruskan saf anaknya dalam baris dewasa agar lekas matang agamanya. Kata bapa-bapa syurga, “Anak-anak syurga, safnya bukan bersama-sama rakan sebaya yang piatu tanpa kehadiran bapa dan ibu”. Kata ibu-ibu syurga, “Jangan memandang anak-anak syurga dengan amarah kerana merekalah yang mengajarkan anak-anak syurga akan taharah. Kata bapa-bapa syurga, “Jangan pujuk anak-anak syurga dengan laku yang buruk kerana merekalah yang memastikan sempurna segala wuduk.”

Penjaga rumah Tuhan, pemakmur rumah Tuhan mengurut dada sambil merungut berjela-jela. Ada yang membenci mereka bagai melihat khinzir terlepas ke dalam huma.  Penjaga rumah Tuhan, pemakmur rumah Tuhan kemudian mengusir anak-anak syurga, mengeji ibu bapa syurga kadang-kadang dengan bahasa ahli neraka. Kata mereka, anak-anak syurga itu najis! Kemudian bangga meletakkan papan tanda bahawa masjid dan surau hanya zon orang tua!

Anak-anak syurga bukan jin ataupun syaitan. Mereka manusia yang baru mengenal Tuhan. Kita, si penjaga rumah Tuhan, pemakmur rumah Tuhan yang kononnya sempurna  agama, kadang-kadang berakhlak macam haiwan. Akhirnya anak-anak syurga memendam perasaan. Mahu diadunya kepada Aki dan Tok Wan lalu berlari pulang menyeberang jalan. Kenderaan bersimpang-siur ke kiri dan ke kanan. Anak-anak syurga melintas jalan dan asbab kepada sebuah takdir, sebuah kereta putih berbumbung hitam meragut nyawa anak-anak syurga. Luluh hati ibu syurga menyambut khabar dengan sabar. Alhamdulillah, puji bapa syurga meriba anaknya dengan linangan air mata. Kata ibu bapa syurga, “Innalillah, sesungguhnya kami hamba-Mu yang reda!”

Benarlah sabda Nabi, “Apabila anak seorang hamba itu mati, maka Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya: Kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku. Jawab para malaikat; Benar! Berkata Tuhan lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya. Jawab para malaikat: Benar. Berkata Tuhan pula: Apa kata hambaku? Jawab para malaikat: Mereka telah memuji-Mu lalu mengucapkan Innalillah…, Berkata Tuhan: Dirikan bagi hambaku sebuah istana di syurga dan namakan istana itu dengan nama “Bait al-Hamd.” Hadis riwayat al-Termizi dan Ibn Hibban.

 

14 thoughts on “AL-KISAH ANAK-ANAK SYURGA

  1. Kisah realiti masyarakat kita…yg dikisahkan demikian rupa….i like…
    Syabas kpd penulisnya…

  2. Assalamualaikum….sahabat sesekolah…dah lama cuba ingin mencari sendiri novel2 tulisan anta..namun masa sangat tidak mengizinkan…maka melalui laman ini bolehkah ana menempah lima novel2 tulisan anta sebagaimana yg diiklankan disebelah?

    kalau boleh ini alamat ana:

    Safinah binti Lias
    5-3-11
    PPR Seri Alam, 1/78 Off Jalan Istana
    Jalan Sungai Besi
    57100 Kuala Lumpur.

    Tel: 0126955196
    sertakan no. akaun n jumlahnya ye…

  3. Wa’alaikum salam Safinah,
    Amboi sibuknya, buat kerja apa?🙂 Cuti sekolah, balik kampung?
    Lama tak dengar cerita. Apa pun terima kasih kerana menyokong penulisan saya. Terharu menyambutnya. Insya-Allah nanti saya poskan ke alamat Safinah. Dengan harga istimewa, harga kawan-kawan, pastinya.

  4. Terima kasih kembali……bukan sibuk sangat dengan kerja bergaji tu….tp sibuk dgn anak2 yg kecil dan bertuah tu…mmg x sempat rewang2 sngt….blk sek atau cuti sek mmg ddk rumah uruskan mrk…..cuti ni blk juga sekejap…. Saya guru j-QAF di SK Brickfields Dua….

    Mmg mmbaca novel pun….cuma yg anta tulis masih blm punya…hehehe…..Berseronok mmbaca sambil menyokong kawan pastinya…

  5. assalammualaikum
    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
    Nukilan ust adalah antara luahan sekalian ibu yg kerdil dalam melahirkan dan membesarkan para mujahid di muka bumi Allah yang serba fana ini.
    Apa pun atas keyakinan bahawa sesunnguhnya hamba itu di uji dengan setiap perkara yang di kurniakan dan juga perkara yang tidak di kurniakan.
    apabila hati ini di kurniakan dengan dengan tautan kuat Rumah Allah, maka di situ Allah menguji kesabaran dan penyerahan seorang ibu itu.

    Terimakasih, kerana rupanya ada imam yang sudi menoleh kebelakang makmumnya…… .

  6. Salam Puan Hazlina,
    Lama sudah tidak menyapa ke blog kecil ini. Sekali menulis, tak sangka berbakat rupanya. Suka dengan ayat:

    “Terima kasih, kerana rupanya ada imam yang sudi menoleh kebelakang makmumnya.”

    Imam syurga, mahu menyertai anak, ibu dan bapa ke dalam syurga.

  7. Ya! anak-anak syurga, perlu tabah untuk membesarkanya, perlu kuat untuk mendidiknya, perlu sabar yang tinggi untuk mengenalkan mereka dengan Pencipta syurga itu, dengan harapan agar anak-anak syurga boleh memimpin ibu bapa syurga ke SYURGA itu! Insya-Allah

  8. BETUL!.BETUL! BETUL!…ANAK surga sering dihalau keluar surau, masjid, kata mereka anak2 surga ni bising, riuh rendah, hingar bingar jadinya, ibu2 surga tertunduk malu tapi tebalkan muka dan telinga~siapakah mereka anak2 surga Jika buka Ayah Bonda yang mendidiknya, kenapa Imam2 Tua Muda tak terfikir semua~bukankah mereka Imam2 keluarga, masyarakat smua dan negara??..uhh geram juga kadang2 dibuatnya,kalau ada Imam Yang Sudi menoleh memandang makmumnya dengan kasih sayang dan teguran Ahli Surga tentu Aman Bahagia Dunia ni kan Ustaz?

  9. sikap dan perilaku setiap watak memberi gambaran situasi sebenar masyarakat yang sebenarnya sukar untuk diterima kebenaranya…teruskan menulis…Insya Allah manfaatnya dapat dikongsi bersama…

  10. Puan Tengku,
    Hanya ibu syurga yang mengenal anak syurganya. Memimpin dengan tabah dan sabar dirinya untuk ke syurga.

  11. Ummu Syakirin,
    Ramai yang boleh mengatakan bahawa dirinya merupakan pemimpin ke syurga tetapi akhlaknya tidak sama sebagaimana yang dipimpin.

  12. Suhaini,
    Terima kasih atas kunjungan. Sangat sedikit kebenaran dapat dilihat dan sangat sedikit juga yang berlapang dada mengakuinya.

  13. Assalamualaikum.. sy mencari info@tulisan bkaitan anak2 istimewa.. bagaimanakah kehidupan mereka di’sana’. Dan dlm keadaan tidak sempurna akal dan fizikal, bagaimanakah mereka mengirimkan doa utk ibu bapa yg telah meninggal dunia.
    Terima kasih. Wassalam.

  14. Puan Haida, saya tak punya cerita seperti itu. Kalau ada, tentu indah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s