SEPUNYA CINTA RAMADAN DI MINGGUAN MALAYSIA

SYUKUR Alhamdulillah, cerpen “Sepunya Cinta Ramadan” disiarkan di ruangan Sastera Mingguan Malaysia hari ini. Kali terakhir cerpen saya tersiar di Mingguan Malaysia ialah 14 November 201o, “Korban di Renong Takdir”, kisah Natrah. Terima kasih kepada pengarangnya Saudara Ku Seman Ku Hussain kerana memilih cerpen kecil ini.

Sudah setahun cerpen ini saya siapkan setelah terbitnya novel yang ke-4 saya iaitu “Punya Cinta Ramadan” terbitan PTS Litera Sdn. Bhd. Novel ini sangat istimewa kerana mendapat reaksi dan sambutan yang baik daripada pembaca.

Cerpen “Sepunya Cinta Ramadan” ialah sebuah kisah benar. Kisah ini terilham daripada salah sebuah testimonial seorang pembaca – melalui e-mel Maslina, bukan nama sebenar – yang saya angkat menjadi sebuah cerpen. Alangkah cantiknya jika pembaca membaca novel “Punya Cinta Ramadan” kemudian menyambung dengan cerpen “Sepunya Cinta Ramadan” ini. Selamat membaca dan salam Ramadan. – al-Kurauwi

4 thoughts on “SEPUNYA CINTA RAMADAN DI MINGGUAN MALAYSIA

  1. Salam kunjungan Safwan,
    Terima kasih kerana membaca. Moga memberi kebaikan untuk kita semua.

  2. Salam ustaz.

    Tahniah di atas penerbitannya. Saya sudah membacanya…Mahu meminjam semangat ustaz meneruskan penulisan nampaknya🙂

  3. Tuan Syafiq,
    Menulis itu kerja ulama, penyambung lidah dakwah. Walaupun dimana tuan berada, menulislah. Dunia penyiaran tentu banyak kisah yang menarik untuk jadi bahan renungan. Teruskan kerja ulama, menulis dan berdakwah, sahabatku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s