SYUKUR ‘RAYA’

INSYIRAH saya sejak pandai mengeja rajin sungguh bertanya. Semalam sambil mengikat rambutnya, si kecil itu bertanya lagi. “Walid kenapa banyak sangat perkataan ‘raya’ dalam tv dan surat khabar?” soalnya sedikit pelat menyebut huruf ‘R’. Yang lebih jelas kedengaran bunyi huruf ‘L’ menyebut ‘laya’.

“Kenapa ada hari raya, baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya” Mata si kecil saya bulat memandang mahu mencerahkan biji mata saya yang hampir terlena menanti waktu berbuka. Saya bangkit sambil menahan mulut yang sedang bulat menguap.

“Raya itu maksudnya besar. Selalu ikut mama pergi pasar raya, bukan?” Insyirah saya mengangguk. Keletap keletup, beraksi ala model menunjukkan kasut barunya. “Dinamakan hari raya sebab hari itu, hari yang besar bagi orang Islam. Tuhan yang berikan kita raya. Rayanya hanya satu hari, sebab tu hebat. Satu itu bukankah hebat? Tuhan itu satu. Watak-watak adiwira itu, satu bukan? Kalau ada dua tidaklah hebat lagi.” Sebut saya ke telinganya satu-satu. Entah faham, entah tidak.

“Oh, samalah macam baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya?” kilas si kecil saya pula. Dia membayangkan yang besar-besar dan hebat-hebat juga.

“Baju raya, kasut raya, kuih raya dan duit raya bukan sebab baju besar, kasut besar dan duit besar! Baju raya atau duit raya hanya menumpang hari yang besar itu. Sebab besar itulah, jarang-jarang walid belikan dan hadiahkan. Jarang-jarang pula mama buatkan. Kalau selalu buat kuih raya, beli baju raya dan kasut raya dan bagi duit raya tentulah tidak lagi hebat dan istimewa!” jawab saya. Saya tidak pasti sama ada saya bercakap sambil tidur atau bermimpi dalam tidur kerana si Insyirah saya juga tertidur di sisi. Tidur raya!

Setelah Ramadan semakin ke penghujung, ada aperesiasi  ‘syukur raya’  yang mahu diberi kepada Tuhan atas segala nikmat yang dikurnia. Moga tidak kita terlupakan. Aidilfitri itu ialah sebuah piala syukur untuk kita. Syukur kerana mengembalikan kita kepada fitrah. Masakan sama ‘syukur raya’ dengan pasar raya, baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya dan segala macam raya kerana sifatnya sementara sedang ‘syukur raya’ itu setiap masa dan ketika.

Menyimpul kata: Yang berkunjung dengan sapaan, yang datang mencari persaudaraan, yang bertamu mencari semangat penulisan atau yang hadir sekilas pandang ke blog Ibnu Ahmad al-Kurauwi, atau ke pautan FB Azman al-Kurauwi, maka sempena Syawal al-Mubarak, saya memohon ribuan kemaafan atas segala catatan, nasihat, teguran atau sapaan yang mengusik perasaan. Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s