SALLEH ATAU SOLEH?

NAMA saya Salleh, tetapi saya bukan Soleh. Usia saya sahaja banyak tetapi  amal saya sedikit. Solat kadang-kadang Jumaat dan tidak pernah tinggal hari raya. Puasa hanya Ramadan, itupun ikut dan. Saya bekerja di pejabat kerajaan, tetapi kerja ikut perasaan. Biarpun saya tidak soleh, saya suka bantu orang. Siapa yang diusik jin atau dirasuk syaitan, saya boleh tolong rawatkan. Upahnya hanya RM99.99. Siapa kata saya malas? Kalau malas masakan saya sanggup berjaga hingga larut malam merawat orang. Cuma saya tak boleh merawat diri saya sendiri apabila esoknya saya dirasuk oleh lena yang gila.

Semalam bapa saya meninggal dunia. Alam tiba-tiba jadi gelita. Saya macam nak putus nyawa. Oleh sebab saya anak lelaki yang tua, saya uruskan semua. Mandi, kapan dan solat jenazah saya minta imam masjid uruskan. Imam tolong saya hingga talkin di kuburan. Selesai urusan jenazah, saya bertemu imam. Salam saya ‘berisi’, tanda terima kasih kepada imam atas segala bakti.

“Nama saya Salleh, bapa kata saya tak soleh. Tapi saya yang urus jenazah bapa dari A – Z. Adakah saya sudah soleh?” Tanya saya jujur. Imam celik mata. Dipandangnya saya atas ke bawah. “Soleh bukan pada nama!” Imam senyum. Imam pegang bahu saya lalu dudukkan saya di bawah wakaf. “Soleh bukan kerana urusan nikah atau mati sahaja.” Sambung imam pula. Saya kelu lidah. “Menguruskan jenazah bapa itu wajib bagi anak.” Tambah imam lagi. 

Saya diam macam batu nisan tetapi hati saya mula rapuh macam biskut. “Soleh itu bukan kerana arwah bapa, tetapi kerana Allah.” Nasihat imam semula. “Macam mana nak jadi soleh, imam?” Soal saya dengan wajah bodoh.  Ini kali pertama saya mengaku bodoh biarpun tidak jatuh ke telinga imam. “Salleh, jadilah anak yang soleh di dunia, kita akan soleh di akhirat. Jika kita soleh di dunia, bapa akan tumpang syafaat di akhirat!”

Alhamdulillah, kini nama saya Soleh bukan lagi Salleh. Amal saya masih sedikit, sebab sedang belajar agama dengan imam. Saya suka bantu orang tetapi tidak saya pawangkan yang kena usik jin atau syaitan. Saya tolong imam, mandi jenazah, guntingkan kain kapan, solat dan korek liang. Doakan saya soleh dunia akhirat dan dapat bagi syafaat kepada bapa. – al-Kurauwi 

 

Advertisements

4 thoughts on “SALLEH ATAU SOLEH?

  1. Salam ya akhi,
    Ana tersentuh dgn nukilan anta, ana pon dah kehilangan bapa yg asalnya dr k.Kurau bapanya imam dan dia walaupun tak jadi imam masjid tapi aktiviti masjid tak tinggal dan pernah jadi nazir masjid….,tapi ana masih tak sampai tahap tu,,,,,

  2. Salam Akhi Zulkifli,
    Terima kasih atas kunjungan. Takziah atas kehilangan insan tersayang. Moga Tuhan mengurniakan anak-anak yang soleh seperti Akhi Zul, juga cucu-cicit yang soleh juga untuk datuk dan ayahnya nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s