APA DALAM GENGGAMMU?

Bonda, dalam genggaman kita hari ini, masakan sama apa yang akan kita genggam hari esok. Kita tidak mampu menduga apa yang akan berlaku. Hidup atau mati, bahagia atau derita, sakit atau sihat, lapang atau sibuk masakan dapat ditilik dengan jerubu kemenyan. Masakan dapat dihalang oleh jin dan syaitan kerana semuanya tertulis dalam tangan Tuhan.

Maka, Tuhan meminta kita supaya berbuat ihsan. Berdoa sepenuh yakin dan setulus kebaikan selagi dalam genggam iman.Penuhi genggam dengan sedekah, memberi sumbangan tidak pernah kalah, tangan yang menyusun tugas dilaksana sehabis sudah, hatta kasih, cinta, sayang dan rindu yang kita berikan kepada suami, isteri dan anak-anak yang sentiasa menadah. Jangan bertanya ke mana bakti tercurah. Jangan mengira seberat mana timbangan pahala, jangan khilaf akan buruk yang bakal dibawa, berharap sahaja sudahnya sebuah syurga!

Bonda, Tuhan hanya akan bertanya apa yang ada dalam genggaman bukan apa yang yang sudah terlepas daripada dua tangan. Andai mulut tidak dikunci, biarpun tangan dan kaki tidak bergari, percayalah Tuhan tidak memerlukan jawapan! – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s