SEBAK

MAKHLUK yang bernama sebak tiba-tiba sahaja mengulit dada saya saat pertemuan tengah hari itu telah ditandai oleh noktah untuk berpisah. Kata mereka, demi tugas mereka terpaksa meninggalkan majlis ilmu ini. Mungkin selama-lamanya. Mereka menuntut reda guru, sesal berpisah menggugu-gugu.

“Jangan ucapkan selamat tinggal,” pujuk saya. Bacaan kami dengan tartil al-Quran itu sudah lama terhenti. Hening berlambakan. Bahu wanita-wanita itu mula bergerak. Hidung yang mula merah, pantas divirusi oleh selesema. Pujuk saya itu bukan mahu menghentikan tangisan tetapi sekadar menahan sebak diri sendiri sebenarnya.

“Ustaz, janganlah sentimental!” celah satu suara mengusik tidak pasti dari bibir siapa. Saya cuba ketawa. Tawar sahaja bunyinya. Wajah-wajah yang membentuk separa bulat di balik telekung putih itu kelihatan sama. Mereka bersila dengan tertib berwajah bersih dan ikhlas dengan al-Quran di atas rehal.

“Janganlah ucapkan selamat tinggal, katakanlah, moga bertemu lagi!” ulang saya sekali lagi kali ini dengan ayat yang penuh. Empang sebak yang saya tahan mula pecah. Saya tidak lagi malu berkongsi tangisan yang disambut dengan wajah yang menunduk. Saya sebak bukan kerana dipancung oleh perpisahan. Mereka datang tidak saya undang, mereka pulang tidak pula saya tahan. Bertemu dan berpisah itu bagi saya kerja Tuhan.

Bukan pertama kali saya sebak begini. Saya sebak kerana menzahirkan kebanggaan atas sabarnya mereka menekuni al-Quran. Membuang malu, rendah diri, melagukan al-Quran di telinga kami dengan segala kepayahan. Meninggalkan waktu senggang semata-mata demi kalam Tuhan. “Sesungguhnya kita bertemu dan berukuhwah kerana al-Quran. Andai tidak bertemu lagi, moga Tuhan pertemukan semula di bawah arasy Rahman!” – al-Kurauwi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s