KHATIB ITU PENULIS

MEMBACA khutbah dan berkhutbah tentulah berbeza rasa telinga yang mendengar. Penulis teks khutbah yang pernah berkhutbah dengan penulis teks khutbah yang tidak pernah berkhutbah juga boleh dirasai oleh khatib melalui teks yang dihasilkan. Tajuk yang menarik tetapi isi kandung teks khutbah yang panjang dan berbelit-belit terasa lemas. Maka tidak hairan, biarpun khutbah pendek dan tajuk menarik tetapi telinga yang mendengar terasa rimas . Tidur bagi mereka ialah jalan yang terbaik. 

Selain penggunaan LCD, tajuk-tajuk yang semasa – yang sudah dibengkelkan –  pada saya, khatib yang baik, tidak hanya membaca khutbah ‘yang dibekalkan’ bahkan melihat dahulu kandungannya lebih awal. Ada kebimbangan, teks yang dibekalkan tersalah fakta. Dengan kata lain, bersedia lebih awal. Khatib yang baik, bukan sahaja ada ilmu agama malah perlu ada ilmu bahasa. Belajar mengedit bahasa dan ayatnya dengan lenggok bahasa yang mudah.  Khatib bukan hanya pembaca, malah mereka ialah penulis! – al-Kurauwi

 

Advertisements

4 thoughts on “KHATIB ITU PENULIS

  1. Mendengar khutbah, sewajarnya dinanti-nantikan jemaah. Selain mendapat pahala, ilmu sewajarnya bertambah. Ada yang membaca khutbah bagai pidato sebelum memulakan peperangan. Ada yang lembut dan mengingatkan. Kembara ke sesuatu tempat dan menikmati khutbah yang dibaca ditempat itu bagai sedang menggali ilmu. Saya fikir, pembaca khutbah yang teksnya disediakan pihak berkuasa negeri dalam lenggok bahasa ustaz-ustaz lama tentu sangat melenakan… Juga khutbah yang keras terhadap yahudi dan kristian dibaca dengan semangat meluap-luap seperti begitu memusuhi sedang Islam sewajarnya lembut dan memaafkan. Apa lagi dengan pembesar suara yang kuat yang boleh didengar sebatu dari masjid, mungkin penganut agama itu terasa hati… Bila ustaz hendak buat buku teks khutbah, khutbah di masjid DBP paling saya suka nikmati…

  2. Terima kasih, Tuan Kholid,
    Sapaan terpanjang tuan, buat masa ini. Apa yang tuan fikirkan dan tuliskan, pernah tuan luahkan ke telinga saya dahulu. Saya sangat bersetuju.

    “… Saya fikir, pembaca khutbah yang teksnya disediakan pihak berkuasa negeri dalam lenggok bahasa ustaz-ustaz lama tentu sangat melenakan… Juga khutbah yang keras terhadap yahudi dan kristian dibaca dengan semangat meluap-luap seperti begitu memusuhi sedang Islam sewajarnya lembut dan memaafkan…”

    Seorang sahabat saya bukan Muslim, bersangka bahawa hari Jumaat ialah hari berhimpun untuk ‘mengapa-apakan’ orang bukan Islam.

  3. Assalamualaikum,

    Tahniah saudara, blog yang bermanfaat.

    Saya bersetuju dengan tuan Kholid. Gaya bahasa khutbah Jumaat mungkin harus disesuaikan dengan citarasa terkini masyarakat, terutamanya golongan muda.

    “Seorang sahabat saya bukan Muslim, bersangka bahawa hari Jumaat ialah hari berhimpun untuk ‘mengapa-apakan’ orang bukan Islam.”
    Dulu saya juga befikiran seperti ini. Tambahan pula nada dari corong pembesar suara masjid selalunya menyebabkan jiwa terasa bahang api kemarahan. Mungkin cuma berniat menunjukkan ketegasan dan menyedarkan bahawa mesej yang hendak disampaikan adalah penting. Namun kalau menggangu kemashlahatan setempat, apalah makna semangat Islam itu.

  4. Terima kasih Tuan Em atas pandangan,
    Saya percaya, penulis khutbah dan pembaca khutbah jika dihimpun dan dilatih seperti program “Adik-adikku” di TV 1 tentu memberi kebaikan kepada semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s