AIR TIGA RASA

TERIMA KASIH  BONDA kerana menghidangkan air tiga rasa dalam gelas yang berbeza. Setiap kali anakanda bertamu, jarang sekali anakanda terlepas meneguknya. Kata bonda, ada dingin air zamzam, andai mahu berkat dari Tanah Haram. Ada teh hailam yang boleh anakanda ramukan manisnya agar susu tidak terlebih hadam. Ada air suam yang hangatnya mampu menegakkan tulang dan menongkat mata apabila mahu pejam. Semuanya lengkap terhidang.

Meja bonda yang kecil bertambah sempit setelah segala-galanya berkampung di situ.  Kuih-muih yang bertudungkan tisu, bonda hulurkan tanpa silu. Selonggok nasi lemak berdaun pisang di tengah pinggan, aromanya sentiasa menggigit kuku. Al-Quran bonda yang besar bertambah melebar sebaik diselak helaiannya satu persatu. Anakanda keliru, apakah sebenarnya yang bonda mahu.

Bonda ketahuilah, dingin air zamzam yang berkatnya datang dari Tanah Haram tidak mampu melembutkan hati, andai al-Quran hanya diselak seminggu sekali. Bonda, teh hailam yang semerbak harum, susunya tidak mampu memaniskan telinga anakanda, andai baca bonda masih terbata-bata. Air suam yang bonda hidangkan hanya menambah hangat hati anakanda yang geram.

Bonda, air tiga rasa itu tidak pernah menjadi pelega tekak, andai kalam Tuhan masih belum sempurna tertegak. Maka, dinginkanlah hati anakanda dengan seteguk ikhlas dari gelas kesungguhan. Airnya mengalir nyaman bak mata air yang jernih di pergunungan.

Dirgahayu buat sekalian bonda yang tidak pernah malu. Datang dialu-alu, pulang dengan restu dan doa seorang guru! – al-Kurauwi

4 thoughts on “AIR TIGA RASA

  1. Terima kasih Puan Suhaini,
    Terima kasih membaca yang tersurat kemudian memahami yang tersirat. Hati kita, baik yang tersurat mahupun tersirat, kelak dibedah Tuhan al-Rahman.

  2. Salam Ummu Syakirin,
    Ayahanda-ayahanda kita memasak di dapur, membasuh pakaian, mengemas rumah dan menjaga anak-anak. Sebab itu kelas-kelas pengajian dipenuhi kaum wanita🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s