REUNION – BAYANG-BAYANG KENANGAN

KALI INI, GILIRAN AIDILFITRI 1433 Hijriah, kami dahulukan kunjungan ke Pasir Mas, Kelantan berbanding teratak bonda di Pahang. Daerah ziarah Kelantan kami hanya sekitar keluarga dan saudara mara sebelah isteri. Kemudian berlama-lama di rumah nenda di Pasir Mas yang tersangat uzur. Semalam, sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur mendapat perkhabaran bahawa nenda sudah meninggal dunia.

Tentulah istimewa Aidilfitri apabila berpeluang pulang ke desa sendiri. Setiap kali pulang ke desa, bermimpi-mimpi mahu  berselisih rakan-rakan lama. Sudah pastilah saya rindukan rakan-rakan sekampung yang sama-sama bersekolah dan membesar bersama-sama. Walaupun tempohnya tidak lama, hanya enam tahun (Darjah 1-6/1981-1986) namun ingatan dan segala kenangannya terasa sangat panjang. Besar harapan agar sewaktu pulang ke desa pada hari raya kedua, Tuhan pertemukan saya semula dengan Zeri Muji, Adnan, Baharuddin, Shahriman, Izudin Zahid, Azman Md Arif, Khairuddin Rahman, Othman Meskam, Shamsul, Sambri dan rakan-rakan seguru.

Setiap kali pulang, jarang sangat kami dapat berselisih. Baik di stesen minyak, kedai runcit atau pasar, apatah lagi dapat minum teh dan roti canai di kedai mara bersama-sama. Berharapa sangat, tempat bertemu yang paling mulia untuk ‘reunion’, tidak lain tentulah rumah Allah. Masjidnya betul-betul bersebelahan dengan sekolah Agama Rakyat, di hadapan masjid dan sekolah rendah di sebelah kanannya. Sesuai sekali untuk mengimbau segala kenangan di anjung masjid itu. Itupun jarang sangat dapat bersalaman sesudah solat atau berpelukan ketika selawat.

Setiap kali pulang, tubuh kecil saya hanya kerap menerima pelukan daripada ustaz-ustaz pembimbing, Ustaz Muhammad, Ustaz Kamarulzaman yang gering. Teringatkan arwah Ustaz Lebai Mokhtar yang kerap bertanya rakan-rakan sekolah saya yang lain, saya hanya gerakkan bahu, tanda tidak tahu. Barangkali jodoh pertemuan bukan di rumah Tuhan ini, giliran mereka beraya di rumah isteri. Saya hanya menyimpul sangkaan yang baik-baik. Setiap kali pulang, saya terus nantikan tubuh mereka di rumah Tuhan sambil memeluk bayang-bayang kenangan. Atas khilaf diri, saya hulurkan salam Aidilfitri.  – al-Kurauwi.

2 thoughts on “REUNION – BAYANG-BAYANG KENANGAN

  1. Assalamualaikum ustaz….mmg susah utk bertemu kembali rakan sebaya…aidilfitri yg lalu, rakan sekelas yg saya dpt bertemu cumalah Aznida Muhammad….terima kasih banyak2 pada nida kerana sudi bertandang ke rumah bonda saya….walaupun rmh saya dan widyawati muslimin berdekatan sangat tapi kami tidak berkesempatan utk berjumpa…masa berlalu terlalu pantas…andai kita dpt menyatukan kembali murid2 darjah 6 Delima 1986…pasti menyeronokkan…

  2. Wa’alaikumsalam Engku,
    Ziarah itu memaknakan persahabatan. Terus berkunjung dan menerima kunjungan.
    Kalau panjang umur, tahun depan, saya nak buat pertemuan dengan kawan-kawan kita darjah 6 Delima 1986 di rumah. Agaknya kalau berlama-lama di masjid, mereka segan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s