BELASUNGKAWA CIKGU ZUL

WAJAHNYA masih terbayang-bayang biarpun sudah 26 tahun meninggalkan sekolah rendah di lereng bukit itu. Wajahnya putih bersih dan bertahi lalat kecil. Sudah terlupa duduk letaknya tahi lalat pemanis wajah itu. Memandangnya tidak terlalu tinggi seperti Cikgu Salim dan Cikgu Nasaruddin, guru hoki kami. Tubuhnya sedang, tidak terlalu kurus macam Cikgu Bakri, guru bahasa Inggeris kami yang mengenalkan kami setiap petang akan papan caturnya. Suaranya tidak tinggi, bila menegur muridnya. Lembut bagai seorang ayah menyuntik semangat ke dada kami, anak muridnya.

Masakan saya boleh lupa Cikgu Zulkifli yang kami sayangi. Dialah yang mengenalkan ilmu sains ke telinga kami. Bereksperimen dengan benih kacang hijau di rumah hijau di antara dua bangunan sekolah. Setiap pagi, kami teruja melihat benih kacang hijau bercambah akhirnya membesar kemudian layu dan mati.

“Itulah kehidupan. Hidup dan mati itu masakan boleh dipisahkan!” Beliau mengajar kami akan Tuhan dalam sainsnya.

Saya sering diminta mengambil buku latihan muridnya di kuartesnya. Kadang-kadang saya bertemankan Azman Ariff, kadang-kadang dengan Sambri, pernah juga berdua dengan Othman merentas padang sekolah ke rumahnya. Saya tidak pernah ponteng

“Kalau penat, nasi ada di bawah tudung, makan dulu!” Pesannya masih terngiang-ngiang di telinga.

“Kalau dahaga, air oren dalam peti ais, minum dulu!” Suaranya masih terlaung di telinga.

 “AL-FATIHAH buat arwah cikgu saya yang pernah mengajar di Sekolah Rendah LKTP Felda Purun dahulu, telah pergi meninggalkan kita semua semalam, 27 September 2012. Arwah Cikgu Zulkifli yang juga bertemu jodoh dgn anak peneroka Felda Purun juga. – Pesan Aznida Di Facebook, pagi Jumaat ini.

Dalam ngiangan suaranya, spontan saya menulis: “Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Ya Allah, Engkau cucurkanlah rahmat kepada guruku, Cikgu Zulkifli seperti rahmat yang Engkau turunkan kepada kami dengan berkat doa seorang guru. Ya Allah kasihilah dirinya seperti dia mengasihi kami sewaktu kami kecil lagi. – al-Kurauwi

6 thoughts on “BELASUNGKAWA CIKGU ZUL

  1. amin…..sedih pula bila membaca coretan kisah ni….saya cuma ingat cikgu Zul selalu datang ke rumah mencari adik iparnya kerana adik iparnya (sudah arwah juga) berkawan dgn bapa saudara saya…dan kakak sulung saya juga rapat dgn cikgu Zul kerana arwah berkahwin dgn kakak kepada kawan karib kakak saya….Arwah sgt lembut dan baik orangnya…Ya Allah tempatkanlah arwah di sisi hamba2mu yg beriman…amin..

  2. Amin…, sebak saya membaca coretan ustaz, banyak memori yg masih terpahat rupa-rupanya…tidak seperti saya yang hanya tinggal secebis kenangan…namun Alhamdulillah saya tetap ingat lirikan senyumannya…
    apatah lagi saya berkesempatan bertemu dengannya tapi beliau tidak banyak bicara sewaktu melangsungkan akad nikah untuk anak sulongnya beberapa bulan lalu. Kad jemputan untuk kenduri meraikan pengantin baru saya terima sehari -dua…., tak sangka pula berita di corong telefon mengejutkan saya.
    malam tadi…malam jumaat.
    Anak-anak beliau ramai…, lelaki paling ramai dan semuanya baik paras rupa mewarisi dari arwah cikgu dan isterinya Kak Yati. Kebetulan pula anak sulongnya pernah bekeja satu bumbung dengan suami seb suami bertukar 2 tahun lalu. kecik je dunia ni ..kan, ustaz.
    Saya juga masih ingat…rasa-rasanya yang ini je masih saya ingat….iaitu cikgu salim rantau yang tinggi lampai tu(baru je pencen..baru-baru ni) selalu gak suruh kita pergi rumah kuarters guru belakang sekolah…, dia ajak kita makan dan minum…, seronok betul rasanya masa tu.., apa-apapun Allah yang maha berkuasa…Dia yang mengetahui segala-galanya…., maafkan saya ustaz jika ada salah-silap tatkala berbicara…

  3. Al-Fatihah.Entah kenapa sedih tetap menyapa walaupun saya tidak mengenali arwah cikgu Zul. Ingatan tiba-tiba tertumpu kepada arwah saudara sebelah ayah di Felda Bukit Mendi (Pak Da Yunus) yang semasa hidup, senyumannya tak pernah lekang di bibir.Al-Fatihah.

  4. Rayyan,
    Terima kasih berkongsi simpati. Sedih sifat fitrah manusia. Kesedihan itu milik hati yang lembut. Moga Tuhan terus melembutkan hati kita dengan kebaikan dan segala keinsafan.

  5. Aznida, terima kasih atas kunjungan,
    Insan yang dikasihi Tuhan pastinya dikasihi sekalian makhluknya. Baik ketika hidup, mahupun sesudah tiada lagi. Kebaikannya tidak dimamah usia. Baktinya sentiasa kekal di dada dan di dalam doa kita semua.

  6. Salam kunjungan Engku Misah,
    Takdir kita belum tahu, dikenang anak-anak atau dilupa orang. Moga Tuhan matikan kita dengan sebaik-baik kesudahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s