MENELAN RAJUK

SAAT MEMAKNAKAN KORBAN belajarlah menelan rajuk. Nabi Adam tidak pernah merajuk kepada Tuhan apabila tercampak ke dunia kerana mengikut kata hati Hawa dek mengidam kemanisan buah khuldi. Sesudah dipujuk, Nabi Nuh tidak merajuk biarpun si anak kandung tidak turut serta menaiki bahtera dek percaya bahawa laut tidak akan mencecah gunung.

Nabi Ibrahim tidak pernah merajuk, biarpun diuji Tuhan agar pengarang jantungnya, Nabi Ismail sebagai korban! Idris tidak pernah merajuk biarpun diuji dengan derita segala macam kesakitan. Nabi Yaakub tidak pernah merajuk apabila Nabi Yusof hilang dalam pelukannya setelah dipisahkan oleh saudara-saudaranya. Pada pagi raya nanti, belajarlah menelan rajuk lebih-lebih lagi saat mengunyah daging korban! Selamat Hari Raya Aidiladha. – Ibnuahmadalkurauwi.

2 thoughts on “MENELAN RAJUK

  1. Salam Aidil Adha, memang sedang memamah rajuk ust…Lailahailla anta subhana innikuntu minazolimin

  2. Puan Hazlina,
    Moga Tuhan menerima ibadah korban kita hari ini dan mengangkat pengorbanan kita selama ini untuk meraih syurga-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s