SALAM HIJRAH PADANGKU

Kata buana, mereka umpama anai-anai membina busut bertingkat sedang dinding dan lantainya hancing dipisahkan oleh kasta. Raja dan permaisuri kenyang bersemayam di atas singgahsana sambil menetaskan telur menggentel tasbih pembilang masa.

Yang bernyawa menjadi pekerja, tentera atau kadang-kala menjadi kelekatu yang piatu.
Usai hujan, si kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja, mencari habitat bersanggama dengan koloni baharu. Dari pekerja hingga ke tentera, si koloni mandul dan buta. Mereka punya kepala namun tiada akal di jemala. Mulut hanya untuk menggigit bagi mempertahankan koloni atas nama wasangka.

Yang berkasta rendah, mereka menderhaka dek membelakangkan Pencipta bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria durja. Demi perut, mereka bangga bermazhab aliran trofalaksis
– memberi makan sama ada dari mulut ke mulut atau dari anus ke mulut – semata-mata menjunjung nafsu. Tanpa mereka sedar, koloni sebusut sedang menuba bahan beracun hingga merebak ke lain anggota.

Sebelum Tuhan turunkan gempa, wabak tega menghurung busut. Virus tanpa sempat ketemu vaksin menghinggapi koloni kusut hatta bersenyawa lalat-lalat kecil di perut. Hari berganti hari, koloni mati dan lalat itu pun terbang pergi.

Buana pun memandang lelah Padang yang tak bernyawa.
“Merekalah koloni, kekadang menjadi lelalang dan kekadang menjadi rerumput yang membusurkan kemuncup di atas Padang. Mereka sangat zalim, tetapi mereka terus kaya dengan kekayaan nikmat yang berganda.

Mereka sangat membinasa, tetapi mereka terus gembira dengan kegembiraan yang tiada tara. Mereka sangat berdusta, tetapi mereka terus dijunjung ke langit dan disokong dengan bahasa yang berbunga-bunga.

Mereka sangat sombong, tetapi mereka terus dikasihi dengan sepenuh hati dengan kasih yang sepenuh jiwa. Salam hijrah padangku!” Buana menongkat pandangan lompong. Kecewa dan hampa dalam putaran cakera di hujung senja.

2 thoughts on “SALAM HIJRAH PADANGKU

  1. Salam,
    Terima kasih mengulit cerita. Serahkan kekaguman kepada Tuhan yang mencipta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s