KITA BELUM TEWAS

Belum Gagal

Catatan ini sekian lama beku dalam ruang ‘draf’. Catatan sesudah ‘tewas’.

KITA belum tewas, pujuk saya. Hanya kemenangan yang sahaja ditangguhkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Seingat saya, kata-kata itu dizahirkan oleh mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman. Kata H. Stanley Judd,

“Kenapa takut untuk tewas? Jangan bazirkan tenaga untuk menutup kegagalan. Belajarlah daripada kekalahan dan terus maju ke depan untuk berhadapan dengan cabaran. Tewas itu masih baik kerana setiap kali kamu jatuh sakit, kamu akan bangkit!”

Sungguh, dalam kekalahan, bukan selalu bererti kita kalah dari sudut maknawinya. Kita masih menang dengan muhasabah dan mengatur strategi untuk merangka kemenangan pada masa yang akan datang. Bangkit daripada kekalahan adalah kemenangan memperbaharui tekad dan kemauan dalam diri. Bangkit daripada kekalahan adalah kemenangan, saat kita dipaksa untuk membuka mata melihat kemenangan orang lain. Bangkit daripada kekalahan adalah kemenangan, saat kita belajar untuk menerima dan rendah hati.

Kalau sudah tewas ‘bahasanya’, lakukanlah seperti yang berikut: – Berwuduk kemudian sujud syukur. Semoga dengan kesyukuran atas ‘tewas’ itu, Allah mengurniakan kemenangan pada masa akan datang. Kemudian duduk sambil mengunci bibir, pejamkan mata  sambil bermuhasabah membuka jendela akal. Carilah penyebab kekalahan tersebut. Boleh sahaja berkongsi kekalahan itu dengan pendengar yang baik. Percayalah, jika kita belajar sesuatu daripada kekalahan, sesungguhnya kita belum tewas. Pasti ada hikmahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s