JERUBU DI HATI

Imej

JERUBU yang melanda negeri daksina seminggu lalu sudah merentas sempadan. Hari ini, warna dan baunya mula menebal di Kuala Lumpur. Asapnya sudah tidak tersedut oleh hutan rimba dan tidak mampu dihalang oleh dinding rumah. Kini, bau terbakar itu sudah mencelah ke ruang tamu, mulai menyengat hidung dan masuk ke rongga pernafasan.

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ada menyebut, “Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati, siapa tahu.” Fenomena jerubu kali ini, bukan kampung sahaja yang terbakar, malah ia melibatkan sebuah ‘negara’ hingga asapnya tidak dapat lagi dikawal oleh pertahanan canggih maka dengan sewenang-wenangnya ‘senjata’ baru ini menceroboh sempadan negara. 

Mungkin makna peribahasa bukan lagi tertumpu kepada kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain. Kini deritanya sudah dirasai oleh dua buah negara berjiran, Malaysia dan Singapura. Menurut akhbar Harian Metro, jerubu mengaburi pandangan dari blok penginapan penduduk hingga kepada barisan pohon di taman. Sementara bau hangit lalang dan kayu yang terbakar merebak ke flat penduduk.

Tiada jari yang boleh dituding mahu salah menyalah melainkan kelima-limanya berkait kepada diri sendiri. Tuhan sendiri telah merakamkan perbuatan kita kerana yang berjerubu sebenarnya hati kita sendiri: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan olehperbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.” (al-Rum : 41)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s