APABILA HATI BERBICARA

Mohd Abdul Aziz Ghonim

Fadilah al-Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al-Ghonim, merupakan Ahli Majlis Fatwa Mesir, hadir lagi ke Dewan Bahasa dan Pustaka sempena ceramah agama bertajuk ‘Ramadan, Satu Perubahan’ anjuran DBP dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. Sesi tersebut telah diadakan pada 1 Julai 2013 bersamaan 22 Syaaban 1434 (Selasa) jam 10.30 pagi.

Bukan kali pertama saya mempengerusikan ceramah beliau, namun kemanisan beliau berbahasa Melayu, biarpun berdialek Kelantan sangat mengagumkan halwa telinga kita mendengar. Saya rasa, ilmu yang diberi benar-benar jatuh ke hati kami. Dari atas pentas, saya melihat wajah-wajah warga kerja DBP yang ceria mengulit ceramahnya dalam dialek Kelantan yang pekat. Kepetahannya berbahasa jauh lebih baik daripada sesetengah bukan Melayu yang mengaku 1 Malaysia itu.

Saya yakin, Tuhanlah yang memberikan rahmat-Nya sehingga beliau mampu berbicara dengan hati. Saya pernah melihat sedutan cerita bagaimana asal-usul (di youtube) tentang kebolehan beliau fasih berbahasa Melayu. Katanya, sewaktu beliau menutut di Universiti al-Azhar, beliau terdorong untuk belajar bahasa Melayu dek mengenangkan kesulitan siswa-siswi Malaysia memahami kitab-kitab Arab. Beliau tinggal bersama-sama pelajar Kelantan dan mengajar mereka bahasa Arab dengan lidah ibunda mereka sendiri. Atas dorongan mulia itu, bahasa Melayunya kedengaran masih sempurna, biarpun sudah banyak tahun meninggalkan university.

Saya simpulkan begini: Alim ulama, para asatizah kita tidak wajar berbicara hanya kepada yang ‘semaqam’ dan ‘sejubah’ dengannya baik di meja runding atau di surau dan masjid sahaja. Kata Ibn Hajar, “Berbicaralah (berkhutbahlah- sampaikan) kepada khalayak (manusia) atas kemampuan akal mereka menerima.” Atas prinsip ini, kemampuan bahasa dakwahnya juga sampai kepada anak-anak kita hatta murid-murid di sekolah rendah.

Catatan ini bukanlah sangat sebuah pujian, atas pesona telinga dek orang ‘asing’ yang pandai berbahasa Melayu. Muhasabah sebelum Ramadan ini lebih kepada mencela diri sebelum Tuhan datangkan celaan-Nya. Sungguh, kadang-kadang kita tewas hanya dengan syaitan yang berpangkat  koperal sahaja. Sudahlah ilmu tidak bertambah-tambah, memimpin solat tergagap-gagap, tersalah-salah, maka kita yang sedikit ilmu ini juga memilih-milih ‘mad’u’. Mahu dimuliakan dan cepat kecil hati apabila tidak dilayan bagai orang besar. Lelah bila yang menjemput jauh-jauh, pantas menunda tazkirah bila langit mulai mendung, meminta-minta yang lebih dan mengaharap sampul ‘tebal’ atas sependek dan seringkas dakwah yang disampaikan. Allahumma ya Allah, ampunilah hamba-Mu. – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s