AURA SEBUAH STADIUM

Stadium Darul Makmur

MELIHAT dua pasukan bertembung di tengah padang yang hijau dalam sebuah stadium yang dilimpahi cahaya dengan ribuan penonton rupanya dan perasaannya sangat berbeza daripada melihat perlawanan di kaca televisyen. Kebetulan, suatu malam itu mendapat peluang untuk hadir dan melihat sendiri stadium Darul Makmur ketika berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Malaysia antara Pahang dengan Kelantan.

Dalam sejarah hidup, itulah pengalaman pertama bertandang ke stadium. Mata cepat menangkap pesona dek melihat warna padang yang subur menghijau.  Kata adinda, padang Stadium Darul Makmur antara yang terbaik di Malaysia.  Melihat saiz padang di hadapan mata rupanya tidak sama dengan melihat saiz padang di hadapan kaca. Di hadapan mata, saiz padanya kelihatan kecil dan sempit tidak seperti di kaca televisyen.

Selain rupa fizikal stadium yang sederhana dan padang yang cantik, yang tersentuh ke telinga saya ialah semangat penyokong tuan rumah. Sementelah duduk bersebelahan dengan “Pasukan Sorak Pahang” yang tidak letih-letih bergendang dan menyanyi. Sesekali nyanyian mereka disambut juga oleh penonton. Mereka tidak tawar hati untuk terus menyanyi biarpun suatu ketika, pasukan Pahang ketinggalan jaringan gol. Sokongan kadang-kadang kelihatan keterlaluan apabila ribuan mata penonton lebih cekap mengesan berlaku kekasaran di pihak lawan berbanding pengadil yang berbekalkan hanya sepasang mata.

Andai mata terlepas memandang sekelip akan drama di atas padang atau terlepas gol yang dijaringkan dek ralit mengunyah kacang, pastilah tiada siaran ulangan. Masing-masing tertanya-tanya apakah punca kejadian. Selain itu, yang tidak berkenan, sebenarnya banyak. Sampah yang tidak teruruskan oleh perut dan pesta asap rokok yang berkepul-kepul tidak sempat tertepis oleh tangan.

Ya  bagi tiket murah – biarpun asli – itulah barangkali harga yang perlu dibayar untuk melihat sebiji bola yang disepak oleh dua puluh dua pemain mencecah ke jarring gol. Itulah aura sebuah stadium yang harus dirasai oleh seorang penulis dan juga pendakwah! – al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s