MENGHARGAI SI KECIL

Kumbang Hijau

Mengapa mudah mengukur darjat menerusi saiz? Yang kecil-kecil jarang kita hargai. Yang besar-besar pula mahu dipuja dan dimulia. Tuhan tidak pernah membeza-bezakan dengan memuliakan yang besar lebih daripada yang kecil. Masing-masing berfungsi mengikut aturan Tuhan dan memberi manfaat kepada kehidupan. Tuhan menciptakan semua hal yang kecil-kecil itu bukan tanpa tujuan. Bukankah, sebatang pohon yang besar tumbuh daripada benih yang kecil. Hargailah makhluk-Nya yang kecil, kita akan dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Besar. Sebatang pohon dapat dijadikan ribuan batang mancis api, namun ingat, hanya sebatang mancis api dapat membakar ribuan batang pohon!

Hanya orang yang fasik menghina yang kecil. Dan Tuhan menghina mereka:

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar daripada Tuhan mereka; dan kalau orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.” Surah al-Baqarah ayat 26.

One thought on “MENGHARGAI SI KECIL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s