ADEGAN BERAHI PANCING PEMBACA?

Adegan Berahi

Isu: “Benarkah novel popular menggunakan formula tema cinta keterlaluan dengan unsur berahi dan elemen seks untuk menarik pembaca?” Apa pula pandangan ustaz mengenainya daripada sudut Islam, adakah ia bertentangan dengan syariat dan bagaimana ia boleh mempengaruhi pembaca,”

1) Boleh Ustaz ulas secara ringkas dan padat mengenai isu yang dikemukakan di atas?

Isu novel yang menggunakan formula tema cinta keterlaluan dengan unsur berahi dan elemen seks untuk menarik pembaca bukanlah isu baharu. Seingat saya, pernah diterbitkan novel-novel bersiri oleh Syarikat Amir Enterprise, “Siri Kisah Cinta” 1970-an dan Novel Mona Gersang yang cukup popular awal 80-an dulu.

Bagi saya, novel yang menggunakan formula tema cinta keterlaluan dengan unsur berahi dan elemen seks ialah novel erotik atau picisan. Mungkin, tidak semua novel yang popular itu erotik. Cuma novel yang menggunakan pendekatan seks sama ada popular atau erotik kedua-duanya bertentangan dengan syariat dan boleh mempengaruhi pembaca.

2) Ada sesetengah pihak menganggap elemen cinta terutama babak romantik antara pasangan bercinta atau suami isteri dalam novel cinta semasa semakin keterlaluan dan tidak sesuai serta boleh mendorong pembaca terutama golongan muda @ remaja yang secara tak langsung ingin mencuba, sekali gus terjerumus dalam gejala sosial. Apa pandangan ustaz?

Saya bersetuju bahawa ada sesetengah penulis sengaja memasukkan elemen cinta, sama ada cinta halal atau cinta terlarang dan ada kalanya digambarkan berlebih-lebihan. Biarpun wataknya suami isteri, babak-babak romantik dengan sengaja disuntik sebagai pelaris. Novel seperti ini sama ada popular atau tidak, sudah pastilah membangkitkan ghairah dan melekakan. Kadang-kadang untuk mewajarkan ‘kebaikan’nya, satu dua bab terakhir digambarkan watak ini bertaubat dan menyesali dosa terlampau mereka. Novel seperti ini akhirnya mendorong pembaca terutamanya remaja membuat tanggapan bahawa berdosa-dosa dahulu, apabila sudah tua baru bartaubat!

3) Boleh Ustaz terangkan tanggungjawab penulis dalam menghasilkan karya, bukan saja memberi hiburan dan ilmu kepada pembaca tetapi juga membawa kisah yang tinggi nilai moral sekali gus membawa pembaca ke jalan yang benar.

Penulis ialah pencatat, catatannya dibaca orang. Segala apa yang dicatatkan akan dipertanggungjawabkan.

Penulis ialah pencatat, catatannya dibaca orang. Segala apa yang dicatatkan akan dipertanggungjawabkan. Oleh sebab itu, Tuhan menugaskan malaikat Raqib dan Atid sebagai pencatat. Sebagai penulis, tulislah yang baik-baik agar kesannya sampai kepada pembaca juga baik-baik. Dengan itu, malaikat akan mencatat yang baik-baik untuk kita. Catatan yang buruk akan dibalas buruk malah akan diperlihatkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

4) Adakah perlu sekatan atau had atau panduan yang sepatutnya diberikan kepada penerbit buku dan golongan penulis terutama kategori novel popular supaya menghasilkan karya yang berlandaskan nilai agama, budaya bangsa dan bermanfaat. Apa pandangan Ustaz?

Sebenarnya agama sudah memberi had dan panduan kepada penulis dan penerbit menerusi Hadis dan al-Quran. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 24-25 dengan menjadikan konsep ‘kalimah tayibah’ sebagai pegangan dalam berkarya. Jika pedoman Tuhan pun mereka boleh langgar, saya percaya peraturan yang diatur manusia begitu mudah dilanggar.

5) Sesetengah penerbit dikatakan mencari jalan mudah untuk melariskan novel keluaran mereka di pasaran dengan mengetengahkan karya berunsur seks dan cinta berahi, malah ada yang mewajibkan penulis mereka menulis berkonsep sedemikian. Bagi Ustaz sendiri bagaimana dalam melihat fenomena ini?

Penerbit yang semata-mata mengutamakan keuntungan duniawi biasanya tidak akan peduli produk yang mereka hasilkan itu sama ada halal atau haram. Penulislah yang sepatutnya lebih prihatin dalam hal ini. Tanpa penulis, tiadalah penerbit. Penulis yang beretika akan menggalakkan penerbitnya turut beretika.

Pada masa yang sama, graduan yang berlatar belakang agama harus terjun dalam bidang penulisan ini. Jika kita tidak bersetuju dengan mereka, penulis yang berlatar pendidikan agama wajar menghasilkan karya yang berlandaskan nilai agama, budaya bangsa dan bermanfaat.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s