KENANGAN RAMADAN

Kenangan Ramadan

MENGHITUNG HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN yang semakin menyusut, hati tiba-tiba sebak. Sebak yang bukan sedikit. Sebak yang sungguh-sungguh. Semalam, ketika bersama-sama jemaah menanti waktu berbuka di surau, hati terkenangkan sosok-sosok tubuh Jemaah yang sudah dijemput pulang ke rahmat Ilahi. Hati terkenang-kenang dan mulut pun menyebut-nyebut nama arwah sekian dan arwah sekian sambil menyuap hidangan sepinggan nasi. Mujur menu masak lemak daging salai agak sedikit pedas mampu menyembunyikan mata yang semakin kembang dengan tangisan.

Usai sedikit tahlil dan doa selamat, mulut pun menyebut-nyebut segala kenangan dan kebaikan mereka ketika sama-sama memakmurkan surau di tengah taman. Kelibat mereka bagai ternampak-nampak di antara sela tiang agam yang memasak bumbung. Sujud dan rukuk mereka bagai terpandang-pandang pada hijau baris-baris saf. Kerusi yang menopang tubuh uzur mereka dahulu, kini sudah bertukar penghuni. Tuhan, dalam setiap doa pada khatimah solat, tidak pernah terlepas sebaris ingatan akan wajah-wajah mereka biarpun nama mereka ada yang sudah luput tidak lagi terpahat.

Di penghujung Ramadan ini, terima kasih Tuhan kerana menyuntik kenangan yang menginsafkan betapa kematian itu suatu yang pasti. Betapa Ramadan itu pasti pergi, dan kematian itu tidak terkecuali. – al-Kurauwi

3 thoughts on “KENANGAN RAMADAN

  1. Salam ziarah ustaz. Sebak juga membaca coretan ustaz ini. Sungguh, bulan ini benar-benar mengajar erti kesabaran. Benar-benar memupuk erti kesyukuran. Melihat, mendengar tentang kematian pada bulan ini, terlalu banyak. Mereka sudah bersemadi dalam bulan mulia.

    Semoga kita juga sudah bersedia andai dijemput pada bila-bila masa. Insyaallah. Amin.

  2. Terima kasih Wan,
    Tak putus berkunjung ke blog kecil ini. Selamat hari raya. Moga kenangan Ramadan menjadi pemangkin untuk kita tabah menempuh hari yang mendatang.

  3. Fantastic goods from you, man. I’ve understand your stuff
    previous to and you are just extremely fantastic.
    I really like what you have acquired here, certainly like what you’re saying and the way in which you say it.
    You make it entertaining and you still care for to keep it smart.
    I can’t wait to read much more from you. This is
    really a tremendous website.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s