LOGO HALAL TUKAR HARAM

BARANGKALI atas prinsip ‘dasar bumi luas’, pelbagai produk makanan dan minuman masuk ke negara kita. Kita bangga menjadi negara ‘Hab Halal’. Namun, isu produk halal yang terang-terang haram masih bolos tanpa sempadan dan kawalan. Yang halal tetapi ‘semacam’ haram masih kedengaran. Seperti ayam jantan yang berkokok dek fajar yang menjelang. Hilang malam, esok ayam jantan akan berkokok lagi. Tahun bertukar tahun, logo halal masih menjadi hal yang sukar untuk  diimplementasikan.

Yang terbaru  ialah bir halal.  Satu daripada isu yang timbul ialah kata ‘bir’ itu sendiri. Semua maklum, kata bir sudah digazet kepada sejenis minuman keras lagi haram. Tentulah tidak cocok memakaikan yang ‘terang-terang’ haram kepada kata halal. Lagipun ia melibatkan darah daging tentulah darjah ‘peka’nya mesti tinggi. Yang syubhah, segera tinggalkan. Saya teringat kata mantan Sahibussamahah, Dr. Asri Zainal Abidin, “kenapa kita tak bagi sahaja logo haram kepada produk yang haram. Yang haram itu sedikit, sedang yang halal itu banyak. Bimbang, akhirnya logo halal itu menjadi barang ‘dagangan’ dek sibuk mencari barang yang halal.

Isu ini juga terkait dalam bidang penulisan. Penulis yang ‘peka’ juga harus beringat, terutama penulis muda, apatah lagi ‘ustat-ustat’ yang menulis! Jangan sembarangan memakai kata atau istilah yang kononnya ‘terang-terang’ sudah sesat kemudian diacukan dengan kata yang mulus-mulus atau kata yang berunsur agama. Walaupun tidak melibatkan darah daging, hukumnya tetap ‘haram’. Buktinya saya pernah ditegur! Bukan ‘sembarangan’ orang yang menegur. Penulis tersohor dan pelopor teori penulisan yang tersohor juga! Berhati-hatilah, takut ‘ustat’ menjadi penyesat!  – al-Kurauwi 

Advertisements

MENCARI LELAKI BERJUBAH PUTIH

E-MEL yang panjang tentang ‘Lelaki Berjubah Putih’ yang kononnya pilihan Tuhan untuk menjadi penjaga kepada si pulan bin si pulan, bukanlah e-mel pertama yang saya terima. Saya perturunkan satu daripadanya dengan bahasa yang lebih baik.  Namun, nama watak-watak utama dalam e-mel di bawah ini bukanlah nama yang sebenar. Panjang-panjangkan kesedaran kepada mereka yang taksub dengan ilmu ‘perbomohan’ dan yang sefesyen dengannya.

Salam para sahabat,
Saya nak memaklumkan perkhabaran terkini pasal Ramadan.  Malam lepas, Amar telah membawa Ramadan  bertemu dengan bomoh yang kami selalu jumpa.  Kami maklumkan kepada Pak Lah (bomoh) tentang kelebihan Ramadan yang mempunyai kemampuan untuk melihat benda ghaib. Kami juga cerita tentang seorang orang tua yang berjubah putih dan sentiasa bertasbih selalu memberi perhatian dan menjaga Ramadan.  Pak Lah kata, Ramadan ialah “The Chosen One” untuk diberi kelebihan ini.  Orang tua yang menjaga Ramadan itu akan selalu datang mengingatkan Ramadan kalau cuai mengerjakan solat.  Orang tua ni juga kata, dia akan selalu mengingatkan Ramadan tentang ibadat dan ajar dia tentang ilmu perubatan.  Bila kami tanya kenapa orang tua itu memilih Ramadan, Pak Lah kata, orang tua itu telah diutuskan oleh Allah untuk membimbing Ramadan.  

Ramadan, bukanlah jenis yang banyak bercerita. Kami banyak mendengar cerita apabila Pak Lah ni korek daripada Ramadan sendiri. Pak Lah kata lagi, Ramadan dapat “ilmu Laduni” (Saya pun tak tahu apa ilmu Laduni itu) sebagaimana yang dimiliki oleh Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus.  Mula-mula dulu, Ramadan boleh nampak makhluk halus dalam bentuk asap (tak jelas), kemudian makin lama makin jelas. Kini, sampai ke tahap tapak penempatan mereka pun dia boleh tahu.  Menurut Pak Lah, lagi banyak Ramadan beribadat , lagi dekat Lelaki Berjubah Putih itu berdamping dengan Ramadan. Namun kalau Ramadan jahil, dia mungkin berhenti berkomunikasi  atau menjauhkan diri. Apa pandangan sahabat-sahabat?

Teruskan membaca

MENEMPAH NATRAH

MENANDATANGANI, membalut dan mengepos sendiri novel-novel yang ditempah oleh para pembaca lebih menguja dan menyeronokkan berbanding kerja menanti sahaja royaltinya setiap tahun. Hujah mereka: “Tugas penulis sudah selesai. Penulis kerjanya menulis. Promosi dan segala-galanya pulangkan kepada penerbit!”

Sebenarnya penulis juga ada ‘upaya’ untuk membuat kerja-kerja promosi dan menangkap pembaca setia mereka. Kepuasan bukan hanya kepada penulisan. Kepuasan hakiki apabila, hasilnya sampai kepada pembaca. Tentunya memberi motivasi tersendiri kepada penulis untuk lebih gigih berkarya. Terima kasih Tuhan, terima kasih kepada yang sudah menempah Natrah, terima kasih juga kepada yang akan menempah Natrah. Semoga segala tempahan sampai ke tangan pembaca sekalian – al-Kurauwi

PUNYA CINTA RAMADAN DIULANG CETAK

EDITOR perolehan PTS, Faiizah Lood sudah awal-awal lagi memaklumkan menerusi pesanan ringkas ucapan tahniah beliau kerana novel Punya Cinta Ramadan sudah diulang cetak. Syukur Alhamdulillah. Saya kongsikan berita ini bersama-sama pembaca yang sudah membelinya. Terima kasih kepada semua yang menyokong kelahiran Punya Cinta Ramadan dan membelinya.

Seingat saya novel Punya Cinta Ramadan diterbitkan pada 29 Januari 2010. Alhamdulillah sempat dirasmikan di Pesta Buku Kuala Lumpur 2010. Setelah lima bulan di pasaran, Alhamdulillah sudah diulang cetak semula pada bulan Mei 2010 yang lalu. Saya mengharapkan novel ini mendapat perhatian pembaca pada bulan Ramadan yang akan tiba.  Semua teguran dan testimonial yang tuan-puan berikan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Nantikan kelahiran novel yang kelima, Namaku Bukan Maria. – al-Kurauwi 

DARAH WANITA: APA YANG BEZA?

WALAUPUN  siapapun kita, kita bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku dalam kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini. Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda wanita masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu ialah darah haid. Apabila tempohnya terlebih sedikit, maka ia dikatakan darah istihadah, pada hal kadang-kadang adalah sebaliknya.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan wanita berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tiak senonoh, seolah-olah tiak sesuai untuk dibincangkan.

Teruskan membaca

RAHSIA DI SEBALIK HIJAB

WANITA DAN LELAKI pada hakikatnya berbeza. Wanita ada rahsia tersendiri yang jarang-jarang diperkatakan secara terbuka. Ada antaranya yang sehingga kini kekal menjadi rahsia. Mestikah semua itu hanya tinggal rahsia buat selama-lamanya? Bukankah ada yang perlu diketahui terutama buat mereka yang bergelar suami? Tidak kira sama ada anda lelaki atau wanita, mari kita berkongsi rahsia itu.

Teruskan membaca

APA WARNA CINTA?

PELBAGAI cara digunakan oleh penulis untuk mendapat ‘mood’ (angin) atau ‘seru’ menulis selepas putus idea atau istilah putus angin (?) atau selepas lama tidak menulis dan mahu kembali untuk menulis semula. Membaca pengalaman sasterawan, kita akan bertemu dengan 1001 cara yang halal bagi menyeru ‘semangat’ menulis itu datang. Malah ada juga kaedah yang tidak halal digunakan untuk mendapatkan semangat menulis. Ada penulis (baca sahaja, percaya jangan) akan ‘mencari’ cinta terlarang semata-mata untuk mendapatkan ‘seru cinta’ bagi menulis ayat-ayat cinta dalam novel cintanya.

Teruskan membaca