Bagaimana Saya Menulis

Cinta itu datang sebelum aku mengenal apa itu cinta. Apabila cinta itu mengisi ruang kosong  yang tersedia, maka cinta itu membuka nikmat cipta.                                                                                                    

Penyair Arab

APABILA editor Tunas Cipta meminta saya menulis profil diri untuk dimuatkan dalam majalah, saya meleret senyum, menolak. Bisik hati, saya terlalu tua untuk mengetengahkan diri berlabel penulis baharu dalam profil Tunas Cipta. Tetapi termakan dengan pujukan – memikirkan ‘keremajaan’ saya dalam bidang penulisan sastera yang kemungkinan boleh dikongsi dengan pembaca seperti saya – menyebabkan saya menelan rasa malu itu dalam-dalam.

Membandingkan saya dengan nama besar Amiza Khusyri, Zaid Akhtar atau Almarjan -antara beberapa nama penulis remaja kawakan – jauh panggang dari api. Titik persamaan mungkin bertemu dari sudut latar belakang pendidikan Timur Tengah sahaja, namun mereka lebih jauh ke tengah merentas laut berbanding saya baru memata-matai di pesisir sambil mencuba-cuba merasai zauq sasteranya.

Sesungguhnya terima kasih harus diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Dialah pohon redup yang akarnya memasak bahasa dan sastera yang dedaunnya memayungi buah-buah ilmu yang begitu ranum untuk dipetik. DBPlah yang memindahkan semangat tokoh penulis besar tanah air seperti Keris Mas, Usman Awang, Anwar Riduwan menyaluti jasad kerdil saya.

Terlanjur berjanji untuk menyumbang bakti kepada dunia penulisan di hadapan Mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman – dalam sesi temu duga kemasukan – menjadi kunci sakti demi membuka pintu gedung ilmu itu, di sini.

Seingat saya, ketika itu katih masih lagi goyah memijak bangunan DBP. Apabila berjaya, saya ditempatkan di ceruk tingkat dua, bangunan lama DBP berjiran dengan Bahagian Sektor Swasta sebagai pegawai kontrak di Bahagian Buku Teks. Cerita-cerita rencam dan ragam yang diuar-uarkan oleh editor senior di bahagian tersebut membuatkan saya cepat berfikir dan berusaha menampung kekurangan diri. Tambahan pula jati diri seorang editor DBP pastinya membawa lambang daun lontar yang terasa seperti dicap di dahi ketika itu, sangat menyedarkan saya bahawa ilmu editorial harus dicerap cepat. Kemahiran berbahasa dan menulis harus dikuasai di luar kudrat. Bagaimana? Hanya dengan menulis, kemahiran itu akan datang! simpul saya kejap kejat di hati.

Ketika itu saya memulakan langkah dengan menulis dalam bidang penulisan ilmiah dan beberapa buah puisi sambil disunting oleh rakan sekerja yang lebih baik bahasanya seperti Ustaz Riduwan Wahab, Abdul Ghani Abu, Che Azani Zakaria dan disokong kuat oleh Ketua Bahagian Encik Abdul Nasir sendiri. Tuah mungkin sudah tertulis di loh Tuhan. Niat untuk berdakwah melalui pendekatan penulisan menelurkan karya sulung saya lalu keluar di Majalah Dewan Agama dan Falsafah bertajuk ‘Pendekatan Tauhid: Pentadbiran Akan Bersih Daripada Penyelewengan’, pada Januari 2003 manakala puisi pertama saya bertajuk ‘Inti Munajat’ keluar dalam majalah dan pada bulan yang sama.

Bertitik-tolak daripada tersiarnya artikel itulah ia menjadi pemangkin semangat untuk lebih gigih menulis. Sejak detik itu saya tidak menoleh ke belakang lagi dan sudah menulis lebih daripada lima puluh buah artikel yang menjurus kepada bidang agama dan pengurusan serta banyak tersiar dalam media massa seperti Utusan Malaysia, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Budaya, Dewan ekonomi, Dewan Masyarakat dan Majalah I. Pencapaian yang membanggakan dalam bidang kepengarangan ini apabila diundang menjadi kolumnis ruangan agama dalam Majalah Dewan Masyarakat sehinggalah ke hari ini.

Ketokohan Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi seorang ulama dan pendakwah yang gigih dalam berdakwah mengagumkan saya. Beliau juga seorang sasterawan yang juga penggiat seni turut berdakwah menerusi puisi-puisinya. Malah, mengikut sejarahnya Imam Syafie juga seorang penyair. Syair-syairnya yang bersifat dakwah dan ketuhanan itu telah ditulis dan dikumpulkan dalam sebuah koleksi iaitu Dewan Syafie.

Menyedari sastera adalah furuk kepada bidang dakwah yang boleh menembusi dadaan segenap lapisan masyarakat saya kuatkan semangat untuk menulis dalam genre kreatif pula. Keinginan menulis karya kreatif meluap-luap apabila puisi kedua saya tersiar di Majalah Tunas Cipta bertajuk ‘Merdeka Buana’ pada bulan Mei 2003, namun hasrat itu dipendamkan kerana kesibukan meladeni tugasan renyah di Bahagian Buku Teks.

Setahun kemudian peluang itu terbuka apabila saya memberanikan diri mengikuti bengkel Cerpen dan Novel KEPEZI 2004 (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) pada awal bulan September 2004 yang kebetulan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketokohan Bonda Zaharah dalam menggilap bakat peserta bukanlah suatu yang baharu di mata bekas anak didiknya sehingga melahirkan penulis tersohor namanya di tanah air seperti Faisal Tehrani, Salman Sulaiman, Mohd Kholid Hamzah, Tiras R, Nor Hanisah Othman, W.B. Rendra dan banyak lagi.

Berbekalkan kekerdilan cerpen pertama, ‘Syahadah Mc. Allister’ yang sudah dijangka akan teruk ‘dibasuh dan dicucuh’ saya – yang serba-serbi remaja – membawanya sebagai syarat masuk ke bengkel. Membandingkan cerpen-cerpen yang hebat ditulis oleh penulis yang hebat sebagai bahan kajiannya menyebabkan hati terasa begitu berat, jiwa terasa kecil bagai dikerat-kerat. Dalam hati terngiang-ngiang, terasa bagai tersalah masuk bengkel. Hampir-hampir merusuh nak pulang! Namun berkat semangat untuk belajar ilmu baharu, saya tutup telinga dengan sabar, kata pepatah Melayu duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang. Itu pun dengar bisik-bisik rakan lama, Bonda Zaharah tidak segarang bengkel sebelumnya.

Saya akui sentuhan Bonda Zaharah mengajar begitu menjadi, mungkin tradisi berkat berguru dan bertalaqi sebegitu. Ilmu, semangat dan pengalaman yang diperoleh begitu berkesan sehingga cerpen pertama itu berjaya menembusi Majalah Dewan Budaya, Disember 2004. Paling manis apabila cerpen kedua ‘Memintas al-Qadar’ yang pertama kali tersiar di Mingguan Malaysia pada 1 Syawal, telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Malaysia – ExxonMobil 2004. Apa yang membanggakan kuliahnya bukan sekadar dalam bengkel malah berterusan diinteraktifkan dalam laman sesawang KEPEZI ONLINE. Berkat sentuhan Bonda Zaharah cerpen ketiga saya ‘Dan Kuntum Kemboja Pun Mewangi’ tersiar di Tunas Cipta, November 2004. Cerpen keempat ‘Kerudung Kefiyyeh Baba’ keluar dalam Dewan Masyarakat Januari 2005, dan Cerpen kelima, ‘Dari Kerisek ke Baiturrahman’ tersiar di Dewan sastera Julai 2005.

Bila dikenang-kenang semula perjalanan singkat penulisan ini, mengundang senyum sendiri. Saya sudah jatuh cinta dengan sastera. Saya berhasrat untuk teruskan belajar sambil berdikit-dikit untuk menulis genre novel atau drama pada masa akan datang. Harap-harap berjaya!

Akhirnya saya sedar menulis ini suatu perjalanan yang sangat menyeronokkan. Saya agak lewat untuk mengecapi zauqnya. Lebih-lebih lagi apabila karya kita dihargai dan dibaca orang. Namun saya sedar perjalanannya baru bermula. Bukan popular itu yang dikejar tetapi saya mahu setiap penulisan yang dihasilkan apa pun bentuk genrenya biarlah ilmu dan hikmahnya diambil orang ia sama tahapnya dengan pahala seorang guru mengajar anak muridnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Barang siapa yang mempermudah satu jalan bagi orang lain dalam memperoleh ilmu pengetahuan, maka Allah Taala akan mempermudah baginya jalan menuju ke syurga.

Artikel ini tersiar di Majalah Tunas Cipta dalam ruangan profil.

46 thoughts on “Bagaimana Saya Menulis

  1. Tahniah dengan kelahiran novel pertama! Itu baru lahir bovel belum beranak lagi, he.. he..!

  2. Tahniah atas kelahiran novel pertama. Itu baru novel belum nikmat lahir anak lagi!

  3. Assalamualaikum,

    Kepada para pembaca laman sesawang ini. Jemput meninggalkan bekas tapak anda di sini dengan sebarang cadangan atau penambahbaikan. Terima kasih kerana berkunjung. Moga ada sesuatu yang dipelajari

  4. Untuk meninggalkan pesan anda, sila klik di ruangan ‘View Shoutbox

  5. Isy, ana pun baru sahaja belajar, masih hingusan lagi. Dr. Hasanah mungkin dah banyak menulis. Tak cadangan nak buat buku dengan DBP ke?

  6. Saudara Azman,

    Baru kali ini saya berkesempatan membaca blog anda. Tahniah! Menarik dan rencam pengisian yang dibuat oleh tuan empunya laman sesawang.

    Terima kasih atas berita tentang novel rakan-rakan, gambar kulit dan blurb sekali.

    Semoga novel kedua saudara menyusul segera.

    Syabas!

  7. Ya Allah, Kanda Tiras rupanya,

    Lama sungguh tak dengar khabar. Apa khabar? Di KOL tak dengar cerita, di DBP tak rajin bersua, hatta di media belum terlihat karya. Ke mana gerangan beruzlah. Terima kasih kerana berkirim khabar di ruang sempit ini. Singgah-singgahlah di KOL!

  8. Assalamualaikum akhi.

    Tahniah atas kelahiran novel anta. Pepatah Cina ada menyebut (saya tidak tahu dalam bahasa Cina, bagaimana bunyinya), “seseorang itu belum menjadi lelaki sehingga dia berjaya menghasilkan sebuah buku”

    Saya belum naik taraf… masih dengan artikel dan blog.

    Seeru ‘alaa barakatillaah

  9. Assalamu’alaikum wr wb
    Perkenalkan saya Linda dari jakarta
    hendak mencari info tentang majlis puisi keraian para pembesar di Johor Bahru, Johor Malaysia pada 7/9/07
    Apakah info ini benar?

  10. salam wbt,

    tahniah sheikh al-kurauwi,
    sebagai seorang pejuang tulisan jawi yang semakin pupus.

    kawan ada hadir persidangan jawi peringkat kbgsaan di hyatt hotel kuantan baru-baru ini, ingatkan anta ada.

    ala kulli hal mabruk di atas perjuangan anta. teruskan.

    wsalam.

  11. Teruskan perjuangan..sy pn minat gak menulis..nie pn baru nk mula..doakn yg terbaik utk sy gak…

  12. salam..

    rasa kerdil sahaja diri ini membaca profil orang2 yang dah melakar kejayaan.

    ingin sekali menjadi seorang penulis tapi banyak lagi kelemahan.. mungkin banyakkan membaca dulu.

  13. skop penulisan saya sekadar peribadi. tak pernah mengikuti kursus, sendiri2 cuba menulis puisi,cerpen. hehe, tak bagus sangat olahan bahasanya.tapi kadang2 banyak sangat lakaran cerita dan perasaan yang nak dicurahkan, cuma tak tulis!

    InsyaAllah ada peluang ingin menulis.

  14. Assalamualaikum Ust Azman. Tahniah dengan kelahiran novel pertama tetapi saya masih belum sempat membelinya kerana ketika itu buru-buru pulang ke Mesir untuk menyambung semula pengajian. Saya baru sahaja menulis mulai Mac 2007 dan sempat mengikuti Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ketika pulang ke tanah air dari Julai hingga Oktober 2007. Setakat ini, karya saya hanya sebuah puisi dan sebuah cerpen tersiar di media Malaysia, namun sudah banyak yang dimuatkan di majalah-majalah dan buletin pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Doakanlah saya terus thabat menganyam impian di atas sabil harapan. Novel pertama saya yang akan diterbitkan di Mesir bakal menyusul awal tahun hadapan insya-Allah.

    Semoga terus tekal menulis demi agama. Bukankah itu tugas yang mulia?

  15. ASSALAMUALAIKUM USTAZ AZMAN….SAYA YG SELALU MSG DGN USTAZ…WAH BANGGA SAYA DGN UST,MALU SAYA SEBAGAI ANAK MUDA ISLAM TDK BUAT APA2 UTK TINGKATKAN AGAMA SAYA SNDIRI..CUMA DGAN DAKWAH BELAJAR,DAN AKHLAK SAHAJA…SYABAS DAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA..LPSNI BLHLA AJAR SAYA BRDAKWAH MELALAUI PENULISAN..SAYA JUGA NK ISI MASA MUDA DN REMAJA SAYA UTK AGAMA ALLAH,DAN BLAJR2 UTK JD REMAJA YG SENTIASA BERAMAL UTK MNDAPAT KEREDHOAANNYA..

  16. Assalamualaikum ust. tahniah krn memperjuangkan tulisan jawi. sy slh seorg peserta seminar di kota darul naim baru2 ini, cuma sedikit terkilan kerana DBP tidak menjual buku daftar kata tulisan jawi yg baru diterbitkan itu, utk memudahkan memilikinya…apapun tahniah krn brjuang memartabatkan bahasa ibunda tercinta ini!

  17. Salam,

    Saya bangga dgn Ustaz. Harap2 ustz dan lain-lain penulis berfikrah agama ni dpt mengegarkn Malaysia.

    Saya ni baru nak berjinak dlm penulisan. Setakat ni karya saya hnya disiarkan dalam Berita Minggu, Mingguan Wanita dan akhbar kat Sabah(waktu kerja kat sana)

    Harap doa dari Ustaz.

  18. Shameel,
    Terima kasih atas kunjungan. Kita sama-sama bergerak dengan langkah pertama. Teruskan langkah. Percayalah, Shameel belum tertinggal jauh!

  19. Sebenarnya saya tidak mengenali saudara sehinggalah saya memiliki antologi saudara yang begitu menangkap naluri saya. Tajuknya cukup segar dan saya benar-benar teruja membaca setiap cerpen saudara. Sehinggakan saya memberi novel itu untuk dibaca oleh seorang kenalan untuk membacanya. Ternyata karya cerpen yang saudara hasilkan begitu indah bahasa dan ceritanya. Dalam usia yang semuda itu saudara telah berjaya menghasilkan karya yang cukup besar. Sebenarnya saya baru sahaja berjinak-jinak menulis cerpen walaupun umur sudah menginjak ke angka 40-an. Agak terlambat juga ingin berkarya. Saya inginkan sentuhan motivasi daripada saudara. Terima kasih.

  20. Saudara Razak,
    Terima kasih kerana menyokong penulisan saya. Pada saya usia 40 tahun tidak terlalu lewat untuk menulis. Kalau betul saudara mahu menulis, nasihat saya, bergurulah. Ramai tokoh sasterawan kita yang membuka kursus menulis. Kalau ada nanti, saya maklumkan di blog ini.

  21. Terima kasih atas nasihat sdr. Sebenarnya saya sedang berusaha untuk menulis sebuah novel remaja. Agak menyeksakan juga kerana sinopsis dan bab 1 ini perlu dihantar pada 14.08.09.Tinggal beberapa hari sahaja. Pening kepala beberapa hari ini. Khabarnya bengkel ini akan dikendalikan oleh sasterawan negara yang ke-10. Teruja dan rasa-rasa macam dalam mimpi sahaja. harap2 menjadi kenyataan. Berapa lama saudara menulis sebuah novel?Sinopsis pula bagaimana? Perlukah kita menulis mengikut bab demi bab?Terima kasih sekali lagi. Apa tajuk novel terbaru saudara?

  22. Assalamualaikum En.Azman Al-Kurauwi,

    Saya nuun dari MMU, Cyberjaya, Memperolehi nama En/Ustz from
    kakitgn ILIM semasa Kursus JAKIM d Cherating. Saya berMINAT
    memperolehi details mengenai TULISAN JAWI. Semasa brwsing
    Kursus JAWI Julai lalu yg telah En/Ustz selenggarakan di ILIM.

    Bukan ape, tajuk PhD saya berkisar JAWI_pembelajaran mudah melalui DIGITAL. Sebelum ini JAWIKHAT tetapi masaalah dalaman MMU, membuatkan saya SEGERA tukar ke Tajuk JAWI } Pembelajaran J-QAF
    dan keberkesanannya.

    Saya AMAT perlukan KAEDAH SEBENARnye w/pun Kaedah ZAABA telah di gunakan oleh seorang Professor d KOREA. Sila beritahu masa yang sesuai bagi saya untuk mendapatkan RUANG MASA BERTEMU En/Ustz pada minggu ini, Jam & Hari yang sesuai. Sekian Terima Kasih

    ikhlas,

    -nuun-

    Nor Rofeah binti Abdullah Sani
    Pensyarah, FCM,MMU,
    Persiaran Multimedia,
    63100 Cyberjaya,
    Selangor D.E, MALAYSIA

    0126765338
    nunwauro@gmail.com
    YM! nunwauro04
    http://creative.mmu.edu.my/2009/AB_spec.html

  23. salam…

    Kagum dan terasa diri jauh ketinggalan. Selalu berazam dan sering juga meninggalkan azam itu terkapai-kapai dan pergi begitu sahaja. Namun, coretan tuan memberi semangat untuk saya. Terima kasih.

  24. Saya doakan Ilham boleh prolifik menulis,
    Dengan syarat belajar mestilah berguru. Barangkali saya bukan guru yang baik.

  25. Salam.
    Maaf, saya nak bertanya, seandainya cerpen kita telah keluar di dalam sebuah antologi, adakah cerpen tersebut boleh untuk kita hantar ke mana-mana majalah atau akhbar?

    Soalan ke-2, kalau berkelapangan, boleh tak saya nak minta tolong bedahkan cerpen? 🙂

  26. Kifah,
    Biasanya kalau sudah terbit dalam sebuah antologi, cerpen tersebut tidak valid lagi di hantar ke mana-mana majalah atau akhbar. Begitu juga dengan puisi. Hal ini disebut oleh Puan Nisah Haron dalam blognya.

    Insya-Allah jika sudi dibedah, apa salahnya. Buang yang mana berkarat dan sembuh yng mana sakit.

  27. oo..walaupun antologi tu diterbitkan bwah persatuan plajar di luar negara? ok.
    Alhamdulillah ya Rabb.. akhirnya jumpe jg orng yg nak tolong.. nanti sy sendkan cerpen ke email. Boleh minta email ustaz?
    Syukran jazilaan.

  28. Maaf boleh saya tanya? siapa Zaid Akhtar, Amiza dan Almarjan? penyair Arab ke? please jangan marah 😉

  29. salam, tahniah diucapkan atas kejayaan yang begitu singkat. saye pernah juga menulis sebelum ni tapi terkubur..saye pernah berguru dengan saydara zaid akhtar sebelum ni tapi masih lagi belum mendapat zauq…mungkin belum masenye lagi

  30. Salam kunjungan Tuan Helmi.
    Jangan patah semangat. Teruskan belajar dan membaca. Tentu ada kunci yang boleh membuka zauq menulis itu nanti.

  31. KANCING PRAQ
    Pintu ditutup dikunci diselak. Gelora asmara membuak-buak. Zulaikha (Cika) tak tertahan Yussuf kacak perawan. Sudah berkali Cika mendesak Yussuf tak melawan. Al Aziz berpergian tak kunjung tiba inilah masa Cika menduga. Bedak semerbak haruman, mengharum kamar permaisuri, rambut Cika disisir rapi. Lembut sutera membalut diri. Baring di pemajangan emas dan perak. Liuk lentok kaki dikuak. Menyerlah tubuh Cika mewangi. Berlopak-lopak, membonjol selambak, mata pasti terbeliak, disebalik sutera membengkak menegak, berolak-olak, ranum masak. Langkah dihayun berombak-ombak, bermandi minyak periuk tanak, terselak, peha terserlah putih melepak. Denak dah galak, masih lagi tak jinak “Marilah ke sini”, nada ghairah lunak suara merintih, meronta-ronta asmara ditagih, merah merekah mengetap bibir. Giur tubuh putih gebu. Yusuff di jendela kaku termangu, mercik peluh basah ke siku. Cika memandang wajah kuyu. “Aku berlindung kepada Allah, sungguh Tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Terketar-ketar suara Yusuff. Cika buat pekak. Kemahuan Cika bergejolak, menggelegak, mata bercelak nampak galak, setelah tuak membasah tekak, terasa dada dihentak henyak, bibir menokak, rambut diselak, dibolak-bolak, dah membengkak, mata melalak, merangkak menguak. Lidah cecah tekak, celah nampak menyacak, macam ikan todak. Mengeras terpacak agak, entah aku tak nampak. Cika berkehendak, berteriak, memintak-mintak, melalak-lalak, teresak-esak, mendongak macam katak, merangkak macam budak. Leleh lecak, temuak rojak. Yussuf nak tergelak tetap menolak, “aku bagi penyepak! tapi tak tergamak Cika umpama Emak, lantak pilah aku tak nakkkk”. “Marilah nakkkk”. Yusuff terdesak disudut terjebak, terperosok takleh elak. Cika terus mengorak, tangan mengepak nafsu melonjak, memetik suis lampu terendak pelita katak. Tangan dikepak, cekak, celapak, pasak, terasa tegang mengasak, kental mencanak, geli gak, nafas Cika sesak, leher ditokak, mengayak-ayak, kocakkk. Sekilas Yussuf mengelak, lompat lantun belanak belacak, terlolos jugak. Bapak! Bapak! Babak kejar mengejar, tolak menolak, Cika masih tak jelak. Cicak lari berselerak, ada yang usyar nampak! Kaki melonjak tangan menguak. Cika mendada, menelentang kuak batak. Cika dah naik minyak, merah padam pipi nampak. Kehendak dahulu mahu dijamak. Memuncak. Ke pintu Yusuff meluru, diburu, disiku, Cika cekau-cekok, Cika gagau-gegok “praqqqqqqq” Daun pintu terkopak, Al Aziz terserempak, terjijak kain sutera pandak, Zulaikha tersentak, singlet Yussuf koyak. Rabak. Dek bijak ‘budak botak’, Temasek selamat ditojah Todak. Gejolak.

  32. ya, ketika saya berenang di samudera aksara. Saya berharap bisa lemas di dalamnya.

  33. Insya-Allah, jika kena masanya, boleh saya bantu. Tuan boleh hubungi saya di fb Azman al-Kurauwi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s