Profil al-Kurauwi

 

Ibnu Ahmad ialah nama panggilan dalam bahasa Arab yang bermaksud anak kepada Ahmad (Ayahanda). Meminjam nama ayah sebagai nama pena bertujuan memuliakan insan yang begitu berjasa besar dalam hidup.

Dalam masyarakat Arab sudah menjadi budaya mereka apabila si anak memakai nama ayahnya manakala si ayah akan menumpang nama anaknya seperti Ibnu Khaldun seorang tokoh cendekiawan Islam yang terkenal sedangkan nama sebenarnya ialah Abdurrhaman Abu Zaid Waliuddin bin Khaldun.

Moga nama ber’laqab’ seperti ini memberi kebaikan demi menghargai jasa ayahanda yang telah banyak berkorban. Demi terima kasih itu, saya menumpang nama ayah sebagai lambang kepada nama pena.

Al-Kurauwi  ialah sandaran kepada nama sebuah daerah kelahiran iaitu di Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak.

Damai sawah, parit, ikan sepat, udang, rumah atuk bagai melambai-lambai.

 

 

Kuala Kurau

 

Mukim Kuala Kurau adalah salah satu daripada 8 buah mukim dalam Daerah Kerian. Terletak di sebelah barat daerah Kerian iaitu di bahagian pantai menghadap ke Selat Melaka. Ianya bersempadan dengan Mukim Parit Buntar (Pekan Jalan Baru) dan mukim Tanjung Piandang (Pt. Telok Pial & Pt. Tok Hin) di sebelah utara. Bersempadan dengan mukim Bagan Serai (Pt. Sg Dungun) di sebelah timur. Bersempadan dengan mukim Selinsing (Sungai Gula) di sebelah selatan. Bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah baratnya.

Sejarah

Setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Namun berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ia dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu. Bermula daripada beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum.

Pada zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau).

Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama jenis (Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.

Bentuk Muka Bumi & Tanah

Bentuk fizikal muka bumi mukim Kuala Kurau adalah datar dan rendah. Tidak terdapat langsung bukit-bukau atau kawasan tanah tinggi. Di setengah-setengah bahagian kedudukan muka buminya lebih rendah daripada paras laut. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.

Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada Tanah Lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Semua tanah di mukim ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS.

Iklim

Mukim Kuala Kurau mempunyai iklim tropika yang lembap (humid tropical climate) yang mempunyai sukatan hujan yang boleh dikatakan tinggi dan perbezaan tempoh terang yang kecil. Hitung panjang bagi setahun hampir 2,500 mm (97 inci) dan sukatan yang tertinggi yang didapati dalam bulan April dan Oktober/November dan kurang dalam bulan Januari/Februari dan daripada Jun-Ogos.

Sungguhpun purata sukatan hujan setiap bulan adalah lebih daripada 50% (65% daripada bulan Februari) oleh kerana perbezaan yang tinggi, air tambahan diperlukan bagi kedua-kedua musim tanaman bagi memastikan operasi pertanian dapat dijalankan mengikut masa yang betul serta meninggikan dan kekerapan tanaman. Sebaliknya biasa di dapati hujan turun berlebihan dan tidak sesuai untuk pertumbuhan padi yang optimum.

Keluasan
Luas keseluruhan mukim Kuala Kurau ialah 45 batu persegi, atau 28,520 ekar (11,709.5 ha) mengandungi 12 buah kampung induk. Di tengah-tengah mukim ini mengalir Sungai Kurau sepanjang 16 km yang membelah mukim ini kepada dua bahagian (utara dan selatan) yang hampir sama keluasannya. Di bahagian utara mengandungi 11 buah kampung manakala di sebelah selatannya mengandungi sebuah kampung sahaja iaitu Kampung Kuala Gula.

PENTADBIRAN MUKIM KUALA KURAU

Mukim Kuala Kurau di tadbirkan oleh seorang penghulu dan seorang kerani penghulu, 12 orang ketua kampung dan 168 ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Pejabat penghulu mukim Kuala Kurau terletak di Jalan Besar, Pekan Kuala Kurau yang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang berfungsi sebagai pentadbir mukim Kuala Kurau, khususnya bagi PEMBANGUNAN dan PEMODENAN sektor luar bandar dengan tumpuan utama ke arah membawa peningkatan terhadap kesejahteraan EKONOMI dan SOSIAL penduduk-penduduk luar Bandar.

Di samping itu juga, ia dapat mewujudkan masyarakat luar Bandar yang berdaya tahan, berinisiatif, berilmu dan memiliki nilai etika moral yang murni sejajar dengan hasrat wawasan 2020 yang mana masyarakat itu dapat menikmati tingkat kesejahteraan dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Rujukan

http://kualakurau.pid.net.my ; www.pbase.com/kelvin_khor/kualakurau

 

63 thoughts on “Profil al-Kurauwi

  1. Assalamualaikum Ustad dah lama mencari baru jumpa rupanya tertinggal WWW kalau ada bahan baru tolonglah bagi tahu.

  2. Assalamualaikum, GAWWAK! SHLUUNAK…min zaman ma syuftak guane kome weh? koi dah lame nak kontek awok tp xde no ajaknye nok jemput bg muhadharah kt tpt kawan ni…boleh no? k, assalamualaikum

  3. Amboi, ustaz macam kenal…
    Tapi tahniah le sebab banyak informasi kat ustaz punya blog. Teruskan usaha anda…
    Good Luck.

  4. Salam wbt. Shu akhbarak? eish loun i’yalak?

    tahniah sheikh, anta dan sampai ke tahap ini. rasa syukur ada sahabat2 dah jadi orang yang berbakti kepada agama dan tanahair.

    wsalam…

  5. Assalamualaikum ustaz. Saya Ahamad Farid Nazmi. Pelajar Kulaih Tibb Universiti Kaherah ingin meminta izin untuk menyiarkan cerpen Agresi di Genting Sakarat untuk majalah Persatuan Kebajikan pelajar2 Perubatan Malaysia Mesir. Ribuan Terima Kasih diucapkan oleh pihak kami. Wassalam

  6. Waalaikum salam syeikh Farid Nazmi.

    Sangat berbesar hati menyumbang ‘rasa hati’ di dalam majalah tersebut (ada versi online kah?) Mohon kiranya dapat berikan sedikit kredit penyiaran (sudah pernah tersiar) dan alamat blog ana di situ.

  7. Assalamaualaikum wmwbt

    Saudara Azman (ustaz),
    Tahniah! bergelar penulis sekali gus memperkenalkan lagi nama kampung halaman Kuala Kurau. Rasa bangga saya kerana saya pun berasal dari tempat yang sama. Sejak berkhidmat di sini – sebumbung dengan ustaz, pertama kali saya berpeluang melawat ke blog ustaz ini. Ahah, berbaloilah saya katakan dengan membaca apa yang dicoretkan tu.. dan sebelum ini pun memang saya tercari2 jugak blog ustaz..
    Akhirnya harapan saya semoga ustaz;
    ‘Teruslah berkarya selagi hayat di kandung badan’.

    Orang kampung rasa bangga!

  8. assalamualaikum ustaz.
    ustaz fazdi harun ad blog ke.kalau x keberatan,ana nak lawat blog ustaz fazdi.ana anak murid ustaz fazdi.syukrn

  9. Blog Ustaz Fazdi ni macam biskut. Sekejap ada sekejap tak ada. Ana pernah cari, tapi dah tak aktif (mungkin dibatunisankan) Anta boleh cuba cari, taip Fazdi Harun.

  10. assalamualaikum…..
    alhamdulillah……..
    hari ini dibukakan hati untuk menghubungi sahabat lama yang lebih kurang 14-15 tahun tidak dihubungi…
    2-3 tahun kebelakangan ini ana hanya memerhati perkembangan penulisan ustaz…

    kalau di ingat kembali lebih kurang 14-15 tahun dahulu ana pernah berguru dengan ustaz…tapi bukan bidang penulisan….mungkin ustaz ingat lagi…..ustaz banyak mengajar ana menulis khat….khat rumi, dengan menggunakan pen artline yang pelbagai saiz dan bentuk….dengan ilmu khat rumi tersebutlah ana banyak gunakan untuk memikat isteri ana kini….banyak surat2 ana ditulis menggunakan khat tersebut…..

    kini….nampaknya ana kena berguru kebali dengan ustaz didalam bidang penulisan….bidang penulisan teknikal….hasrat ana untuk menzahirkan ilmu pengurusan dan kejuruteraan yang ana dalamai selama ini untuk dimanfaatkan kepada anak murid ana.moga ustaz dapat membimbing ana menulis dengan baik…

    salam….

  11. Wa’alaikum Salam, Asmawan.
    Anta antara sahabat-sahabat yang tak lekang di kepala ana. Mungkin sebab berkat ilmu yang belajar; anak murid ingat kat tok guru.

    Banyak kenangan yang kita cipta bersama-sama di SMA al-Khairiah, Temerloh dahulu. Memandang tubuh al-Khairiah dari jalan, sayu menggigit-gigit jiwa.

  12. Terima kasih Anton. 1. Masih lagi ingat kepada saya 2. Menjadi orang pertama dari rakan MASTERA yang berkunjung ke blog saya 3. Moga ukhuwah kita terus berpanjangan. Nanti saya cari buku Novel Perahu itu.

  13. Salam ustaz.
    Saya baru membaca cerpen ustaz ‘Pohon Jejawi Khanyam Samlou’ dari antologi cerpen dan puisi DBP, ‘Di Tengah Arus’.

    Saya terpikat dengan PJKS, selepas ini akan mencari dan menanti karya-karya ustaz yang lain. Moga ustaz terus menghasilkan tulisan yang hebat =)

  14. Terima kasih Hidayat,

    Ada tiga buah karya akan terbit selepas ini. Dua novel dan satu kumpulan cerpen. Dah dapatkan novel Tinta Elipsis? Datang ke DBp boleh bagi harga kawan-kawan. He heh

  15. Cantik dan padat blog anta syeikh…
    semoga ilmu yang kita cedok dan kenangan kita bersama di bumi mu,tah sama-sama kita manfaatkan di bumi malaysia ini..

    Bait YIK Mazar 1994

  16. Assalamu a’laikum !

    Selamat jumpa lagi.

    Anta asal Kuala Kurau? Ingatkan asal Pahang.

    Baiklah. Semoga jumpa lagi.

    Wassalam.

  17. Jeehan,
    Lahir di Kuala Kurau, dibesarkan di Pahang, kahwin dengan orang Kelantan duduk di Wilayah Persekutuan. Terima kasih kerana memanjangkan ukhuwah. Jemput ke DBP nanti.

  18. Akhir tahun lepas, saya ada jumpa ust Fazdi Harun semasa berkursus Bahasa Arab. Dia adalah pensyarah di Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) di Bangi.

  19. Ya, kami kerap berjumpa di DBP. Beliau kerap dilantik menjadi panel penilai buku teks bahasa Arab. Malah, kawan-kawan kita ramai yang sudah bertandang ke sini. Jeehan sahaja yang belum berkunjung lagi.

  20. Kiranya diizinkan Allah, akan sampai jua nanti. Ust Solahuddin DBP satu unit dengan anta di DBP? Dia tinggal dekat-dekat rumah ana sahaja di Kajang ni. Dulu kami sama-sama di Urduniyah, Amman.

  21. Ust Solahuddin dengan ana ‘teman sparing partner’ di DBP. Dia di Bahagian Agama Falsafah dan Tamadun Islam. Kalau anta nak menulis buku bolehlah jumpa dia.

  22. Assalamualaikum w.r.b.

    Tahniah kepada Ustaz Azman di atas karya yang terbit di Berita Harian. Kedua, tahniah juga kerana sudah menjadi Pegawai Khas di Pejabat Ketua Pengarah DBP.

    Aduh…cepat benar naik pangkat. Alhamdulillah. Sudah (S48) ke?
    hehehe.

  23. Salam,

    kawan sekolah lama di Khairiah…antara student paling menyerlah 1987 – 1992..syukur gelaran ustaz masa sekolah dolo2 jadi kenyataan ye…

  24. salam syeikh…
    dah lama ke buat blog nih…
    patutnye buat laaa cbox tuh.. bleh gak tinggal2 pesan
    ana baru jer jumpa blog nih… ari tu tak tinggal add
    ok laa semoga maju jaya…
    ana turun gak kot kat Pesta Buku nanti…
    jalan2 tgk buku…
    wassalam

  25. sy bminat dengan cerpen anda… dulu pernah jgk bcita2 nak jdi penlis tp berkubur mcm 2 jer… mgkin msa mnjdi pghalng… ape2pun thniah… byk pedomn yg saya dpt mllui tlsan anda…

  26. Murni,
    Terima kasih. Barangkali Murni boleh membaca Kumpulan Cerpen saya “Di Dadanya Kalam Tuhan” dan melihat tips-tips penulisan dalam Proses Kreatif. Insya-Allah banyak membantu.

  27. Salam Ustaz,

    Ada tak ustaz terpandang2 buku untuk memberi ketenangan jiwa bagi seseorang hamba yang resah gelisah setelah mengetahui suaminya beristeri lagi.

  28. Umairah,
    Buku yang terbaik, tidak lain ialah al-Quran. Tekuni al-Quran siang dan malam. Dialah penyejuk hati nan resah gelisah.

  29. Syukran ya Ustaz, Sesungguhnya mata ini kabur untuk memandang yang jelas, hati yang berdebu ini perlu digilapkan..alhamdullilah harini saya telah pun sms kepada hamba yg berkenaan. Lidahnya kelu tidak terkata, moga Allah berikan ia kekuatan

  30. Umairah,
    Saya sering menasihati golongan wanita supaya melihat’madu’ itu sebagai ubat kurniaan Allah sebagai penyembuh atau peluntur ‘dosa’ sebelum bertemu dengan-Nya. Tidak ramai manusia diuji dan sangat ramai yang tidak tahan diuji.

  31. Na’am ya Ustaz, ramai yang tewas, tapi macamana hendak menang? Boleh tak Ustaz huraikannya …sesungguhnya mata ini masih kabur dan hati ni masih perlu digilap

  32. Waalaikumsalam Imma,
    Terima kasih atas kunjungan dan makluman. Nanti saya pautkan kepada laman yang baru itu.

  33. Salam,

    Saya Harnidda dari .my Domain Registry, saya bertanggungjawab dalam pembinaan nama domain selain tulisan ASCII iaitu Jawi, saya mencari pakar pakar jawi. Dengan menggunakan keyword pakar Jawi saya terjumpa blog tuan. Saya berbesar hati ingin menjemput tuan untuk menghadiri Forum International Domain Name yang akan diadakan pada 9 Julai 2009 ini. Antara tujuan forum ini adalah untuk menaiktaraf tulisan Jawi keperingkat antarabangsa dan menggiatkan lagi tulisan ini kepada anak muda didalam bidang teknologi. Untuk keterangan lanjut tuan boleh email kepada saya di harnidda@domainregistry.my

  34. Pingback: geopractice :: Kenali Kuala Kurau :: June :: 2009

  35. saya dari syarikat penerbitan synergymate sedang mencari penulis yang berbakat untuk menulis novel islam…saya berharap saudara dapat berbincang untuk menghasilkankan karya untuk syarikat kami. sekiranya berminat saudara boleh menghantar email kepada damya_ogy@yahoo.com.my…dari situ kita boleh berbual lebih lanjut. sekian terima kasih.

  36. salam,
    maaf bertanya…foto kemuncup di blog saudara itu diambil dari salah sebuah forum fotografi malaysia..jika tak silap fotomedia?

    untuk makluman saudara foto tersebut adalah kepunyaan saya.

    besar harap saya agar pada masa akan datang agar saudara dapat meminta kebenaran dari pemilik foto yang ingin saudara gunakan terlebih dahulu kerana semua foto tersebut adalah tertakluk dibawah Akta Hakcipta dan menggunakannya tanpa sebarang kebenaran adalah dilarang.

    jika saudara gagal mengesan pemilik tersebut sekurang-kurang saudara dapat memberikan credit keatas pemilik foto tersebut dan dari mana dia diapatkan..harap maklum.

    terima kasih.

  37. Saudara Kareem Mohammed,
    Terima kasih atas kunjungan tuan ke blog kecil ini. Berhubung dengan foto kemuncup, saya mengakui sumbernya dari forum fotografi Malaysia. Saya salah seorang peminat forum tersebut.

    Kalau saudara perasan, jika pembaca klik kepada gambar tersebut, gambar kemuncup tersebut akan merujuk kepada sumber asli gambar tersebut.

    Walau bagaimanapun, saya sedar, saya tidak meletakkan rujukan atau memberi kredit kepada saudara atas gambar yang cantik itu. Atas sebab itu saya mohon ampun maaf dan serta-merta akan meletakkan rujukan pemilik gambar tersebut.

    Harap Maaf dan terima kasih.

  38. Salam.
    Saya Fahmi (asal Kuala Kurau), pelajar tahun akhir jurusan Teknologi Media(Broadcasting), Universiti Utara Malaysia. Saya memohon budi baik anda untuk menjadi responden dengan menjawab soalan dari sudut pandangan anda dlm melengkapkan tesis/kajian saya yang bertajuk ‘Rancangan Realiti Televisyen Tempatan Mengikut Pandangan Khalayak Di Malaysia’. Kerjasama anda amat diharapkan dlm menjawab soalan kajian ini. Sebarang maklumat yg diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan dalam penyelidikan shj. Nama akan diubah(nama samaran) supaya dpt memelihara identiti anda. Kajian akan dijalankan menggunakan email. Anda perlu memberikan maklumat ringkas ttg diri anda. Terdapat 6 soalan dlm kajian ini. Jika anda berminat, maklum balas segera saudara amat saya harapkan(email saya- imhaf_luz@yahoo.com.my). Bantuan dan sokongan yang diberikan terhadap kajian ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

  39. salam…ustaz… ana khairul.. demi memnyiapkan tesis saya.. sy ingin dptkan beberapa maklumat tentang tajuk tesis sy, cabaran dakawah siber di malaysia.. boleh sy daptkan maklumat berkaitan artikel berdakwah dengan blog, dalam artikel dewan masyarakat julai tahun berapa..??

  40. Saudara Azman (ustaz),Tahniah! bergelar penulis sekali gus memperkenalkan lagi nama kampung halaman Kuala Kurau. Rasa bangga saya kerana saya pun berasal dari tempat yang sama. Sejak berkhidmat di sini – sebumbung dengan ustaz, pertama kali saya berpeluang melawat ke blog ustaz ini. Ahah, berbaloilah saya katakan dengan membaca apa yang dicoretkan tu.. dan sebelum ini pun memang saya tercari2 jugak blog ustaz..Akhirnya harapan saya semoga ustaz; ‘Teruslah berkarya selagi hayat di kandung badan’.
    +1

  41. assalamualaikum….bagaimana cara paling mudah untuk saya membeli novel tulisan anda?…susah nak dapat kat sini,,teluk intan perak…..kerana tiada pembekal…saya pernah order secara online,,,,tetapi bermasalah sedikit…..jadi,,terbantutlah hasrat saya….saya suka sangat novel tinta elipsis…..sebuah karya yang sangat menarik…gaya bahasa juga bagus…masa tu zaman sekolah…pinjam kat perpustakaan ja….laa ni dah habis sekolah,,tak tahu nak cari kat mana……harap balas ya…terima kasih..

  42. Wa’alaikumsalam Siti,
    Terima kasih berkunjung ke blog kecil saya. Terima kasih kerana mengkagumi Tinta Elipsis, novel pertama. Tentu banyak kekurangan. Kalau Siti nak tempah novel yang lain, saya boleh poskan.

    Nanti Siti berikan alamat pos. Nanti saya berikan no akaun bank.

  43. salam ust…
    sy x sgka ust ni rupa2nye seorg pnls yg trknl…sy sh bbrp kli trsrmpk dgn ust smasa sy plg ke kg (kg isteri ust jgk)…sy pkr ust ni gru agama..hehehe…rpa2nya ust srba boleh..thniah n syabas ust…

  44. Assalam Tn. Haji. Salam perkenalan. Saya amat berminat dengan “doa-doa majlis” di acara-acara tertentu yang tuan ketuai. Mohon himpunan doa tersebut untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

  45. Barakallah Tuang Awangsoh,
    Kalau Tuan sabar sedikit, saya akan terbitkan sebuah kumpulan puisi doa. Harap tuan akan berikan sokongannya.

  46. Assalam Ustaz,
    Karyawan penulisan Ustaz cukup menarik minat sy untuk membaca di samping itu, sy meminati membaca novel atau cerpen dalam penulisan jawi.
    Ini kerana semasa sy dibgku sekolah telah membaca satu novel jawi bertajuk ‘mendung semalam’. Sy ingin benar mencari novel tersebut, sekiranya Ustaz boleh mghantar ke mail sy, sy amat2 berterima kasih.
    puas jge mncari di DBP tp tiada dlm senarai.
    sekiranya ade novel atau cerpen dlm pnulisan jawi yg lain sila siarkan pd sy.

    Terima Kasih.

  47. Pingback: Klinik Jawi di Ikim.fm: Gambar, Audio dan Modul | ArabMykrk.com

  48. Assalamu’alaikum Uztaz,
    Dah lama mencari dan akhirnya berjumpa disini. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

  49. Terima kasih atas kunjungan. Blog ini juga sudah agak lama bersawang.

  50. Assalamualaikum wrt wbt,

    Yang di hormati Ibnu Ahmad. Saya ingin berkenalan dangan saudara kerana saya percaya saudara dapat membantu.

    Nama saya, Professor Dato Dr Ariff bin Osman, Timbalan Dekan HEP, Kulliyyah Perubatan IIUM, Kuantan. Saya seorang PAkar Perunding Bius (atau anestesiologi). Selain itu saya juga adalah seorang aktivis masyarakat yang bergerak bersama dengan teman-teman di dalam NGO, Badan NAdwah Islamiah Pahang (NADWAH) yang mengendaikan Pusat Hemodialisis Islam Makmur (PHIM) dan Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Permata Camar di Kuantan.

    Umur saya 54 tahun. Saya google search pagi ini kerana ngin mencari maklumat dari seseorang yang saya fikir boleh membantu saya untuk mendapatkan pencerahan tentang dua tokoh iaitu Zaaba dan Hamka. Saya sedang berkira untuk menubuhkan sebuah kelab yang akan di beri nama “KELAB PEMINAT ZAABA DAN HAMKA” di IIUM Kuantan. Saya ingin sekalai mengenali kedua-dua tokoh ini dengan lebih dalam lagi. Justeru saya mencari melalui laman google dan di temukan oleh Allah blog saudara.

    Jika saudara sudi berkenalan dangan saya dan berkongsi pengalaman, maka saya harap sauadara dapat menghubungi saya.

    Saya bercita-cita untuk mengumpulkan peminat dan seterusnya mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan kedua orang tokoh ini yang saya anggap mem[punyai keistimewaan sebagai sasterawan dan pencinta bangsa, ulama dan juga tokoh politik (terutamanya HAMKA). Saya ingin menggerakkan mahasiswa dan rakan-rakan pensyarah yang lain di IIUM Kuantan (yang mempunyai 6 Kuliyyah iaitu Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Pergigigian, Kejururawatan dan Sains) untuk belajar menyintai pejuang bahasa, pejuang agama dan sasterawan. Justeru, saya berkeyakinana, Kelab ini adalah satu permulaan untuk saya menghimpunkan ‘like-minded individuals’ untuk mengorak langkah memulaikan dua tokoh ini dan seterusnya menggali tinggalan ilmu yang berguna hasil pemikiran. Sumbangan yang kecil ini di harap dapat meningkatkan lagi jatidiri orang-orang Melayu Islam di negara yang tercinta ini, wallahu alam

    HARAP SAUDARA IBNU AHMAD SUDI BERSAHABAT DENGAN SAYA.- Saya hanyalah insan yang kerdil yang hanya pandai ilmu perubatan tetapi amat jahil di dalam bidang lain seperti penulisan dan juga seni dakwah.

    Sekian wasallam

  51. Pingback: Klinik Jawi di Ikim.fm | ArabMykrk.com

Tinggalkan komen