HUJAN DI LIMUN PAGI

hdlp2

 KUMPULAN puisi ini mengandungi 62 buah puisi yang dihasilkan oleh Malim Ghozali PK sejak Disember 2005 sehingga Ogos 2008. Ini adalah merupakan kumpulan puisi kedua beliau selepas ‘Gemeruang’ (Oen Industries, 1987). Puisi-puisi dalam kumpulan ini yang diterbitkan oleh Seladang Ventures juga tetap representif  kepada gaya penulis yang tersendiri, melantunkan nada-nada romantis, sendu dan marah beliau. Seperti kebiasaannya Malim juga menggunakan wadah ini untuk menyatakan protesnya terhadap kerakusan manusia memperkosa alam, dan pandangan sinisnya terhadap ekonomi, menerusi apa yang dikatakannya sebagai ‘cemerlang, gemilang dan terbilang, bukanlah manggis, pulasan dan kunang, yang boleh dikait pagi dan petang’ masing-masing menerusi ‘Hingga nanti rimba tak bernama tak berair mata’ dan ‘Ratapan Melayu ke Sembilan (RMK-9) serta perjalanan nostalgia, menelusuri koridor sejarah bangsanya lewat puisi ‘Laksamana, kucari akar rasional amanat atau hanya kata-katakah di lirih angin sepanjang zaman sepanjang zaman, dan ‘Sajak Melayu’…

Dalam banyak-banyak puisi saya berkenan sebuah puisi yang bertajuk ‘Lelaki Itu Anak Kuala Kurau Rupanya’ dimuatkan dalam Kumpulan Puisi, Hujan di Limun Pagi oleh Malim Ghozali PK yang didedikasikan untuk Jaafar Rahim – al-Kurauwi

SOBAT (Sahabat), tentu kau tidak lupa
ketika ilham memberat sukma
semilir rembang menyapa:

‘percayalah, kuala ini adalah
rindu dan mimpimu selamanya’

Dengan tekun lelaki itu mengalirkan aksara warna
santunnya kali mencari muara
di meja tulis kecil kemiskinan adalah pepohonan
gemerincing laksana angin barat
menebarkan dedaunan jambu dan karet

satu demi satu gigih lelaki itu
menyikat teori dan hipotesis
menjauh di limun pagi
kalamlah melukiskan embun yang gugur
di tiang-tiang listrik
dan buritan perahu-perahu nelayan

siapakah gerangan tersenyum di halaman
lumpur memberat sepatu
tafsir sendu di lumut waktu
sesekali dia menoleh ke belakang
lantera menerangi kembang di rak usang
bagi pamitan ziarah ilmu
ah, semilir rembang jangan kau temberang
bangau di rimbun bakau menghantar berita girang
lelaki itu anak kuala kurau rupanya
di tampang ada cahaya
di tangan ada tinta
pengarang ternama

lelaki itu anak kuala kurau rupanya
kini dia pulang
sebagai warga terbilang.

Advertisements

3 thoughts on “HUJAN DI LIMUN PAGI

  1. Saudara Naimisa,
    Ahlan wa sahlan ke teratak buruk saya. Moga terus menjadi pautan untuk info-info yang boleh membina diri Insya-Allah. Salam Hijrah 1430.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s